Setelah Terlafaznya Akad 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Setelah Terlafaznya Akad 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Setelah Terlafaznya Akad 2
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 1 Jun 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Kamal Adli, Uqasha Senrose, Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi.

Drama Setelah Terlafaznya Akad diinspirasi dari novel karya Anna Milia pernah menjadi trending ketika ditayangkan pada tahun 2019. Kini kisah Hanan dan Nawal disambung ke musim kedua sebagai tanda penghargaan kepada peminat-peminat drama ini.

Setelah Terlafaznya Akad 2 akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.


Setelah Terlafaznya Akad 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Setelah Terlafaznya Akad 2

Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan (Kamal Adli) dan Nawal (Uqasha Senrose) bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing- masing.

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat.

Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung.

Nawal berasa kecewa apaila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?

Post a Comment

1 Comments

  1. yg musim 1 pun x pernah tgk... hehehe.. tp ceta ni lah yg diorg terus kapel n kawen kn?

    ReplyDelete