My Ofis (iQiYi) | Sinopsis Drama

My Ofis (iQiYi) | Sinopsis Drama

Drama : My Ofis
Produksi : Longhouse Films
Pengarah : Jack You, Eden Wan
Siaran : iQiYi
Tayangan : 26 Mei 2022
Masa : Khamis-Jumaat | 7.30 Malam
Episod : 10
Pelakon : Kahoe Hon, Aeril Zafrel, Nasz Sally, Alvin Wong, Phraveen Arikiah

Platform penstriman video atas permintaan pan-Asia terkemuka, iQiyi telah bekerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Longhouse Films melancarkan My Ofis pada 26 Mei 2022.

My Ofis sebuah sitkom komedi bertemakan pejabat mengisahkan seorang anak muda yang terpaksa melepaskan impiannya untuk menjadi bintang rock dan bekerja di sebuah pejabat yang penuh dengan cabaran dan situasi huru-hara.

My Ofis (iQiYi) | Sinopsis Drama

Barisan Pelakon & Watak My Ofis 

  • Kahoe Hon sebagai Jasper
  • Aeril Zafrel sebagai KS
  • Nasz Sally sebagai Jessica
  • Alvin Wong sebagai Paul
  • Phraveen Arikiah sebagai Milo
  • Sherwyn Pang sebagai Lucy
  • Pearlly Chua sebagai Kakak
  • Sherry Aljeffri sebagai Nenek Jasper
  • Rezky Khirat sebagai James
  • Kryston sebagai Skyler

Lagu Tema/OST My Ofis

  • The Odd Ones Out - Mousthofa (Metal Remix)
  • The Odd Ones Out - Dell Lawrence 

My Ofis (iQiYi) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama My Ofis

My Ofis mengisahkan Jasper yang terpaksa melepaskan cita-citanya untuk menjadi bintang rock dan terpaksa mencari kerja untuk menyara kehidupannya dan neneknya. Suatu hari, Jasper menghadiri satu temuduga di sebuah syarikat pemasaran, My Ofis dan ditolak kerana tidak mempunyai kelayakan dan kelulusan yang bagus.

KS selaku boss di My Ofis terbuka hati untuk mengambil Jasper bekerja di situ, alasan utamanya adalah Jasper sanggup menerima gaji yang rendah walaupun dibantah oleh pekerja My Ofis yang lain.

Jasper berdepan dengan pelbagai cabaran bekerja di situ malah pekerja di situ yang mempunyai pelbagai ragam tersendiri membuatkan situasi di pejabat itu penuh dengan huru-hara.

Mampukah Jasper menyesuaikan diri bekerja di My Ofis dan melupakan muzik rock heavy metal?

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Alamak dah tak apps IQiyi laa. best la pulak sinopsis diaa..

    ReplyDelete