Lockdown 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Lockdown 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama bersiri ‘Lockdown 2’ yakni terbitan U2 Media Sdn Bhd memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Drama terkini keluaran Astro Ria ini merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mengimbau kembali kesusahan serta pengorbanan barisan ‘Frontliners’ dalam usaha menghentikan penularan wabak ini.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. 

Lockdown 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama yang penuh dengan pengisian kisah benar ini mengangkat nama-nama barisan pelakon yang hebat seperti Janna Nick, Rozita Che Wan, Shera Aiyob, Zahiril Adzim dan Amerul Affendi yang mampu membuka mata masyarakat tentang usaha pihak frontliners kita yang sudah bersusah-payah menyelamatkan negara.

Drama ‘Lockdown 2’ ini merupakan arahan sutradara yang berbakat besar, Izuan Mokhtar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Mimi Ernida, Wan Maimunah, Dini Schatzmann, Zulaika Zary dan Sabhi Saddi.

Drama ‘Lockdown 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 11.00 malam bermula 6 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.


TRIVIA MENARIK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

  1. Penggambaran drama ini dilakukan selama dua bulan, daripada awal Disember 2021 hingga Januari 2022 di sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
  2. Drama ini mempunyai gabungan ramai barisan pelakon-pelakon berbakat dan popular seperti Rozita Che Wan, Janna Nick dan Zahiril Adzim.
  3. Penceritaan drama ini mengimbau kembali susah payah masyarakat menghadapi dugaan pandemik Covid-19.
  4. Membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai usaha dan pengorbanan ‘Frontliners’.
  5. Pengisian drama yang berbeza dengan Lockdown 1 di mana kali ini lebih banyak mempamerkan pengorbanan-pengorbanan ‘Frontliners’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  6. Setiap kisah yang diceritakan oleh watak-watak dalam drama ini penuh dengan pengajaran yang ingin disampaikan.
  7. Skrip ‘Lockdown 2’ ditulis oleh pengarah hebat, Erma Fatima.

Lockdown 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

PECAHAN WATAK DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

  • Janna Nick sebagai Lola
  • Rozita Che Wan sebagai Kak Sal
  • Shera Aiyob sebagai Fitrah
  • Zahiril Adzim sebagai Ramadhan
  • Amerul Affendi sebagai Kamarul
  • Mimi Ernida sebagai Mariam
  • Wan Maimunah sebagai Tok Ma
  • Dini Schatzmann sebagai Kimie
  • Zulaika Zary sebagai Akila
  • Sabhi Saddi sebagai Hadi
  • Rosdeen Suboh sebagai Radhi
  • Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa

LOGLINE DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Mengisahkan tentang kelangsungan hidup masyarakat tempatan selama dilanda pandemik Covid-19 dan impak yang dihadapi oleh mereka selama di dalam kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang sengsara tiada pekerjaan, hilang punca mata pencarian, stres, hilang ahli keluarga dan sebagainya.

Lockdown 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

SINOPSIS DRAMA ‘LOCKDOWN 2’

Drama ini mengisahkan kisah Kak Sal yang terpaksa menghadapi cabaran berdepan dengan pandemik dengan perangai anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata serta dia terpaksa menjaga ibunya yang sudah tua.

Kisah kedua drama ini berkisar tentang Fitrah dan Ramadhan, pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’ ketika Covid-19. Peningkatan kes Covid-19 dalam masyarakat Malaysia mengakibatkan kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang djiangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah yang juga positif Covid. Fitrah yang sedang hamil tidak sedar yang dirinya telah dijangkiti virus berbahaya ini sehingga akhirnya meragut nyawanya.

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi yang sangat pentingkan diri apabila dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya bahawa dia telah dijangkiti oleh virus ini dan masih pergi berniaga dan berjumpa ‘Reseller’. 

Kamarul pula yang berniaga di pasar malam tidak dapat berniaga oleh kerana PKP. Dia juga dijangkiti virus merbahaya ini daripada Radhi sehingga akhirnya membawa kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung ketika dia berkuarantin di rumah walaupun dia sangat menjaga SOP kerana tidak mahu berjauhan daripada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu.

Post a Comment

2 Comments

  1. suka tgk ceta lockdown ni.. sbb kisah realiti yg berlaku ms kita pkp dlu kan

    ReplyDelete
  2. oooo lockdown 2 ni tambah family lagi eh?? hahaha yg pertama dl family che ta je kan

    ReplyDelete