Telefilem Sabotaj Raya di TV2


Telefilem : Sabotaj Raya
Produksi : Dear Creative Media
Pengarah : Rehal Nuharis
Siaran : TV2
Tayangan : 3 Mei 2022
Masa : Selasa | 1.00 Petang
Pelakon : Azizah Mahzan, Azad Yasmin, Zulin Aziz, Nasz Sally, Ken Ridzuan

Sebuah telefilem menarik dan menghiburkan sempena Hari Raya Aidilfitri bertajuk Sabotaj Raya yang akan ditayangkan pada hari raya pertama menampilkan barisan pelakon seperti Azizah Mahzan, Azad Yasmin dan Zulin Aziz.

Sabotaj Raya mengisahkan tentang kemunculan Elina di kampung atas permintaan Toknya yang tinggal di Jitra, Kedah bersama cucunya Syahmi. Elina pula sebelum ini tinggal dan membesar dengan keluarganya di Sabah.

Elina dan Syahmi merupakan sepupu dan saling tidak mengenali. Tok pula seorang yang otak fikirannya perniagaan sahaja tetapi kedekut. Kehadiran Elina di situ sebenarnya bersebab. Nantikan apakah yang berlaku seterusnya.

Saksikan telemovie yang akan menghiburkan raya anda, Sabotaj Raya yang akan ditayangkan pada hari raya pertama (3 Mei 2022), jam 1 petang di TV2.

Post a Comment

0 Comments