Drama : Menantu Mek Barber
Produksi : MIG Production Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 3 April 2022
Masa : Ahad | 9.00 Malam
Episod : 
Pelakon : Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Didie Alias, Syed Ali Murtadha, Putri Qaseh

Menantu Mek Barber mengisahkan Danial (Fadzil Zahari), pemilik kedai barber dan juga duda yang mempunyai dua orang anak yang dijaga oleh ibunya, Mek (Didie Alias).

Marisa (Yana Samsudin) pula pekerja baru di kedai Danial tapi perwatakannya yang garang tidak disukai anak-anak Danial lalu meminta Mek untuk menghentikan Marisa. Bagi Mek, dia tidak akan menghentikan Marisa tanpa alasan yang kukuh kerana Marisa cekap melakukan kerja-kerjanya dan pandai melayan pelanggan.

Hubungan Marisan dengan Danial juga tidak begitu baik, pantang bertemu mesti bergaduh lama-lama terus terjatuh cinta. Apakah yang terjadi apabila Marisa menjadi menantu Mek Barber? Adakah anak-anak Danial dapat menerima Marisa?

Saksikan kesemuanya dalam drama Menantu Mek Barber yang akan bersiaran setiap hari ahad, jam 9 malam mulai 3 April 2022 di TV3.

Baca juga: