Sinopsis Drama Imamku Okey di TV Okey


Drama : Imamku Okey
Produksi : Sapphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Harris Fadzillah
Penulis Skrip : Azlina Pa'Wan, Adza Emie, Intan Zarina
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 29 Mac 2022
Masa : Selasa-Jumaat | 2.30 Petang
Episod : 26
Pelakon : Ashraf Muslim, Sharifah Husna, Hanna Aqeela, Safwan Nazri, Zaidi Omar, Liza Abdullah, Didie Alias, Ozlynn Waty, Rosnah Johari, Shaharuddin Tambi, Afifah Nasir, Aidil Aziz

Imamku Okey mengisahkan Adam (Ashraf Muslim) seorang lelaki metroseksual dan mempunyai kerjaya yang bagus di Kuala Lumpur. Namun umur Adam yang sudah masuk 33 tahun menyebabkan emaknya risau kerana Adam masih lagi membujang dan tidak mempunyai calon isteri.

Di kampung, Aloya (Ozlynn Waty) telah lama menaruh perasaan kepada Adam dan merancang untuk masuk meminang Adam. Untuk mengelak perkara tersebut, Adam memperkenalkan Suraya (Hanna Aqeela) yang merupakan rakan sekerjanya sebagai teman wanitanya kepada ibu dan bapanya.

tapi lain pula jadinya apabila Adam tidak menyangka yang Suraya sebenarnya sudah lama menyukainya. dengan imej alim yang ditunjukkan Suraya, emak Adam berkenan dengan bakal menantunya dan merancang untuk masuk meminang Suraya. Adam semakin rimas dengan situasi tersebut dan terpaksa memberitahu perkara sebenar.

Walaupun emaknya dapat menerima perkara tersebut, Adam percaya selagi dia belum berkahwin emaknya akan terus mencari jodoh untuknya ditambah pula mak Aloya menyebarkan cerita kepada orang kampung kononnya Adam lelaki songsang.

Adam kemudiannya bertemu dengan Aisyah (Sharifah Husna) seorang wanita yang berpewatakan kasar dan tidak percaya dengan perkahwinan. Apakah yang berlaku seterusnya? 

Saksikan kesemuanya dalam drama Imamku Okey lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Husna, setiap hari selasa hingga jumaat jam 2.30 petang di TV Okey saluran Astro 146 atau MyFreeView 110


Baca juga:

Post a Comment

0 Comments