Drama Thailand Secret Garden di TV2

 

Drama : Secret Garden
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 25 April 2022
Masa : Isnin-Khamis | 8.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Baifern Pimchanok, Ananda Everingham, Chinawut Indracusin, Pimpatchara Vajrasevee, Seksun Suttijun, Nualprang Trichit, Wayne Falconer, Lalita Paisarn, Paythai Ploymeeka, Varatta Vajrathon

Secret Garden sebuah drama bersiri Thailand yang diadaptasi dari drama popular korea Secret Garden lakonan Hyun Bin dan Ha Jiwon kini ditayangkan di slot Asian Screen On2 TV2, setiap hari isnin hingga khamis jam 8 malam menggantikan drama korea Something In The Rain.


Secret Garden mengisahkan Thanat (Ananda Everingham) pewaris kedai serbaneka terkenal di Asia, mempunyai perwatakan yang pelik. Thanat dan Ray (Chinawut Indracusin) dibesarkan dengan banyak persaingan sengit untuk merebut warisan keluarga.

Thanat menjalankan perniagaannya dengan baik manakala Ray hanya berminat untuk menyanyi dan berfoya-foya. Suatu hari, Ray terlibat dalam skandal dengan seorang pelakon yang mengeluarkan beberapa gambar rahsia. Thanat pergi ke set penggambaran untuk membersihkan cerita. Dia bertemu Veena (Baeifern Pimchanok), seorang stuntwoman yang comel dan berjaya menarik perhatiannya.

Kisah Thanat dan Veena tidak terhenti di situ apabila berlaku perkara aneh dan ajaib apabila badan mereka bertukar. Thanat dan Veena perlu mencari jalan supaya mereka dapat kembali semula ke badan mereka, dalam masa yang sama hubungan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta.

Saksikan drama romantik Thailand Secret Garden  lakonan Ananda Everingham dan Baifern Pimchanok, setiap hari isnin hingga khamis pukul 8:00 malam ini di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments