Bila Hati Memilih Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Bila Hati Memilih Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bila Hati Memilih Dia
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip : Farah Alya As'ari
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 28 Mac 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Eyka Farhana, Aedy Ashraf, Maryam Annisa, Gambit Saifullah, Shima Anuar, Qistina Khaled, Shah Jaszle, Zila Bakarin, Aleza Shadan, Syera Aziz, Izuan Razali

Sinopsis Drama Bila Hati Memilih Dia 

sebuah drama adaptasi novel karya Wan Nur Najihah mengisahkan Adra (Eyka Farhana) yang baru habis belajar dan sedang menunggu tawaran kerja telah dipaksa berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri) oleh ibu tirinya, Macik Meluk (Zila Bakarin). Namun Adra menolak kerana belum bersedia.

Dalam masa yang sama, Nazril (Aedy Ashraf), seorang bapa tunggal sedang mencari pengasuh untuk menjaga anaknya Nufail (Maryam Annisa). Mak Cik Melur menyuruh Adra meminta kerja tersebut kerana tawaran gaji yang lumayan. Adra bersetuju kerana Mak Cik Melur telah berjanji akan membenarkan Adra mencari kerja di Kuala Lumpur setelah bekerja dengan Nazril selama beberapa bulan.

Nazril pada mulanya tidak suka dengan Adra kerana terdapat salah faham yang berlaku namun melihat anaknya yang sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baru untuk Nufail.

Suatu hari, berlaku satu insiden yang membuatkan Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Apakah yang berlaku? Bagaimanakah kesudahan kisah Nazril dan Adra?

Post a Comment

2 Comments