Senarai Drama Korea Terbaru Mac 2022

Berikut adalah senarai drama korea terbaru yang akan ditayangkan pada bulan Mac ini.

1. CRAZY LOVE


Genre : Romantik, Komedi
Pelakon : Kim Jae Wook, Krystal Jung
Pengarah : Kim Jung Hyun
Siaran : KBS/ iQiyi/ Disney+
Tayangan : 7 Mac 2022 - 26 April 2022
Episod : 16
Sinopsis : kisah cinta antara CEO yang berpura-pura amnesia setelah menerima surat ugutan bunuh dengan setiausahanya yang berlakon menjadi tunangnya.


2. KILL HEEL


Genre : Thriller
Pelakon : Kim Ha Neul, Lee Hye Young, Kim Sung Ryung
Pengarah : Noh Do Cheol
Siaran : TVN
Tayangan : 9 Mac 2022 - 21 April 2022
Episod : 14
Sinopsis : kisah kehidupan tiga wanita yang mempunyai keazaman yang kuat untuk bersaing sebagai pengacara dalam industri tv home shopping.


3. A SUPERIOR DAY


Genre : Thriller, Misteri, Psikologi
Pelakon : Jin Goo, Ha Do Gwon, Lee Won Keun
Pengarah : Jo Nam Hyun
Siaran : OCN
Tayangan : 13 Mac 2022 - 1 May 2022
Episod : 8
Sinopsis : mengisahkan seorang lelaki biasa yang perlu membunuh pembunuh bersiri yang tinggal di sebelah rumahnya dalam tempoh 24 jam demi menyelamatkan anak perempuannya yang diculik.


4. THE KING OF PIGS


Genre : Thriller, Misteri
Pelakon : Kim Dong Wook, Kim Sung Gyu, Oh Min Sook
Pengarah : Kim Dae Jin
Siaran : TVN
Tayangan : 18 Mac - 22 April 2022
Episod : 12
Sinopsis : seorang lelaki yang masih mempunyai memori buruk tentang satu jenayah bersiri yang misteri dan menerima satu mesej dari kawan lamanya dari 20 tahun yang lalu yang mengingatkan dia semula tentang keganasan yang berlaku.


5. SOUNDTRACK NO. 1


Genre : Romantik, Muzik
Pelakon : Park Hyung Sik, Han So Hee
Pengarah : Kim Hee Won
Siaran : Disney+
Tayangan : 23 Mac 2022 - 13 April 2022
Episod : 4
Sinopsis : kisah dua individu yang berkawan baik selama 20 tahun tapi dalam tempoh dua minggu tinggal serumah, mereka mula jatuh cinta.


6. TOMORROW


Genre : Aksi, Fantasi
Pelakon : Kim Hee Sun, Rowoon, Lee Soo Hyuk, Yoon Ji On
Pengarah : Kim Tae Yoon
Siaran : MBC/ Netflix
Tayangan : 25 Mac 2022 
Episod : 16
Sinopsis : kisah grim reaper yang menyelamatkan mereka yang cuba membunuh diri.


7. PACHINKO


Genre : Sejarah
Pelakon : Lee Min Ho, Youn Yuh Jung, Jin Ha, Kim Min Ha
Siaran : Apple TV+
Tayangan : 25 Mac 2022
Episod : 8
Sinopsis : kisah 4 generasi keluarga pendatang Korea yang melalui diskrimini dan kesusahan hidup semasa tinggal di Jepun


8. JUVENILE DELINQUENCY


Genre : Remaja
Pelakon : Won Ji An, Yoon Chan Young, Yoon Hyun Soo, Han Se Jin
Siaran : seezn
Tayangan : 25 Mac 2022
Episod : 10
Sinopsis : mengisahkan Da Jung yang digunakan oleh ibu dan ayahnya untuk mengedar dadah kemudiannya bertemu dengan Yoon Tak dan sahabatnya di sebuah kampung

Post a Comment

10 Comments

  1. Ada tengok iklan Crazy Love. Rupanya dah mula cerita ini.

    ReplyDelete
  2. baru nak habiskan tengok cerita Legend of the Blue Sea. Cerita bertahun lama baru nak tgk skrg ahaksss

    ReplyDelete
  3. Nak tengok Pachinko tu tapi nak tengok kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try cari kat free website macam kissasian atau dramacool

      Delete
  4. superior day, king of pig dgn crazy day nampak mcm best

    ReplyDelete
  5. baru abis tengok ghost doctor... nanti nak sambung citer2 kat atas pula...

    ReplyDelete
  6. The King of Pigs tu macam menarik untuk ditonton

    ReplyDelete