Review Chinese Drama | The Oath of Love (2022)


Title : The Oath of Love
Director : Lu Ying
Network : WeTV/ Tencent Video
Aired: 15 March 2022 - 31 March 2022
Episodes : 29
Duration : 45 minutes
Cast : Yang Zi, Xiao Zhan, Ma Yu Jie, Zhai Zi Lu, Daisy Li, August Wang, Xia Zhi Qing, Sunny Hao, Fang Xiao Yue


The Oath of Love sebuah drama terbaru yang sedang ditayangkan di WeTV dan diterajui oleh Yang Zi dan Xiao Zhan sebagai pelakon utama yang memaparkan kisah cinta antara pemain cello dan doktor.



The Oath of Love mengisahkan Lin Zhi Xiao (Yang Zi), seorang pelajar jurusan muzik yang bercita-cita untuk menjadi pemain cello terbaik. Zhi Xiao selalu bertengkar dengan ayahnya, Lin Jian Guo (Xia Zhi Qing) kerana tidak pernah menyokong impiannya.

Suatu hari, Zhi Xiao mendapat tahu ayahnya menghidap kanser perut dan tidak mahu melakukan pembedahan. Dia terpaksa berpura-pura ceria di depan ayahnya tapi dalam masa yang sama risau dengan kesihatan ayahnya.

Di hospital tersebut, Zhi Xiao bertemu dengan Dr Gu Wei (Xiao Zhan) yang merawat ayahnya. Disebabkan pertemuan pertama mereka di sebuah bar mencetuskan satu insiden salah faham, Zhi Xiao tidak selesa berhadapan dengan lelaki itu namun Zhi Xiao percaya yang Dr Gu boleh menyelamatkan ayahnya.


Gu Wei dalam pertimbangan untuk berpindah dari hospital tersebut dan mahu melupakan cita-citanya untuk menjadi pakar bedah gastroenterologi setelah trauma dengan kematian pesakit yang juga mentornya.

Setelah menasihatkan Lin Jian Guo untuk membuat ujian kali kedua, Zhi Xiao percaya yang Gu Wei adalah doktor terbaik untuk merawat ayahnya dan berusaha memujuk Dr Gu Wei itu untuk melakukan pembedahan ke atas ayahnya namun lelaki itu menolak kerana masih lagi ramai doktor di situ.

Hubungan Lin Zhi Xiao dan Gu Wei yang pada mulanya agak dingin bertambah baik dan semakin rapat sehingga Gu Wei menceritakan kondisi dirinya. Atas nasihat dan motivasi Lin Zhi Xiao juga, Gu Wei mula berubah fikiran dan melawan traumanya untuk masuk ke bilik bedah semula.


Gu Wei yang sebelum ini agak dingin dengan wanita tertarik dengan perwatakan Lin Zhi Xiao yang ceria dan bekerja keras dalam mengejar impiannya. Mereka saling memahami apabila sama-sama menghadapi waktu sukar dalam kehidupan mereka dan kemudiannya saling jatuh cinta.


Drama The Oath of Love diadaptasi dari novel Entrust the Rest of My Life To You karya Bo Li Shi Jiang. Saksikan kisah cinta antara Lin Zhi Xiao dan Gu Wei dalam The Oath of Love di platform penstriman WeTV Malaysia.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. Xiao Zhan jd doktor..oo..must give a try...walopun kurang minat heroin nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu habis tayang dulu sebab citer dia slow sikit

      Delete