Sinopsis Telefilem Step Up di TV2


Telefilem : Step Up
Produksi : Multimedia Entertainment Sdn Bhd
Pengarah : Liam Lai
Penulis Skrip : Dennis Lai Chang Ming
Siaran : TV2
Tayangan : 1 Februari 2022
Masa : Selasa | 3.00 Petang
Pelakon : Steve Yap, Lim Ching Mau, Ngiam Lee Cheun, Tan Hau Yen, Ywei Thor, Goh You Ping, Rosa Chong, David Koon, Rabbit Chen, John Tan, Alan Yong

Step Up mengisahkan seorang jurulatih tarian singa bernama Albert yang mengorbankan jiwa raganya untuk terus mengajarkan seni itu mengikut tradisi dalam memelihara warisannya.  

Albert menaruh keyakinan dengan semangat kental dan komitmennya terhadap seni itu, dia yakin mampu memelihara dan mengembangkannya. 

Walau bagaimanapun, kumpulan tarian singa lain yang mengadaptasikan dengan gerakan dan kostum semasa lebih mudah menarik penaja sementara Albert menghadapi kesukaran mendapat tajaan.

Dalam usaha Albert untuk memajukan seni tarian singa tradisi yang memerlukan pengorbanan masa dan wang sehingga menjejaskan hubungannya dengan isteri dan anak tunggalnya. 

Isterinya amat kecewa apabila Albert tidak dapat melapangkan masa untuk menghadiri majlis konvokesyen anaknya di luar negara. Namun segalanya berakhkir dengan keinsafan dan kebahagian.

Post a Comment

1 Comments

  1. drama sempena CNY....dah 2 tahun tkde tarian singa kat ofis..huhu..

    ReplyDelete