Sinopsis Telefilem Restu Ayah di TV9


Telefilem : Restu Ayah
Produksi : Hujan Lebat Sdn Bhd
Pengarah : Isqandar Jebat
Siaran : TV9
Tayangan : 25 Februari 2022
Masa : Rabu | 8.30 Malam
Pelakon : Azhan Rani, Atiq Azman, Badrul Muhayat, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Masrenny, Syed Ali

Restu Ayah mengisahkan Azlan yang terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya, sehinggakan sifatnya yang suka dipuji terbawa di dalam kehidupan sehariannya. Kebahagiaan ini dapat dilihat di rumah dan disekolah apabila segala aktiviti serta kelakuan Azlan yang suka menuntut pujian itu disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya. Situasi ini menjadikan Azlan seorang yang sering diberi tumpuan oleh kawan-kawan, guru, jiran-jiran dan ibu bapanya.

Suatu hari, ibu bapa Azlan terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari menghantar Azlan ke sekolah yang mengakibatkan ibunya meninggal dunia dan bapanya buta sebelah mata dan patah kaki. Sejak peristiwa itu, Azlan tidak dapat memaafkan bapanya dan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagian yang mereka kecapi selama ini.

Saksi telefilem Restu Ayah yang diulang tayang semula pada 25 Februari 2022 jam 8.30 malam di TV9 melalui saluran Astro 149 atau myFreeView 119.

Post a Comment

1 Comments

  1. Jalan cerita dia agak cliche kan. Tapi kisah kekeluargaan macam ni mesti sedih.

    ReplyDelete