Sinopsis Telefilem Pertama Dan Terakhir di TV2


Telefilem : Pertama Dan Terakhir
Siaran : TV2
Tayangan : 9 Februari 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Amar Bahrin, Izreen Azminda, Amyra Rosli

Telefilem Pertama dan Terakhir mengisahkan Mursyid (Amar Bahrin) yang dimina oleh ibunya, Datin Rania untuk memenuhi wasiat arwah bapanya dengan mengahwini Annisa (Izreen Azminda). Mursyid menolak permintaan tersebut kerana sudah mempunyai teman wanita yang dicintainya sejak 10 tahun iaitu Erina (Amyra Rosli).

Namun demi memenuhi wasiat ayahnya, Mursyid membuat keputusan untuk berkahwin dengan Annisa tanpa pengetahuan Erina. Setelah berkahwin, Mursyid mengabaikan Annisa dan berjanji kepada Erina yang dia akan mengahwini Erina setelah menceraikan isterinya.

Saksikan kesemuanya dalam telefilem Pertama dan Terakhir yang ditayangkan semula pada 9 Februari 2022, hari rabu jam 9 malam di TV2.

Post a Comment

4 Comments

  1. hmmm bapa dia pun tak agak2 eh masa buat wasiat tu

    ReplyDelete
  2. Cinta tiga segi ni. Suami isteri berlakon. Sebelum ni macam ada drama lakonan Amar dan Izreen jugak kalau tak silap lah.

    ReplyDelete