Mimpi Sabrina (TV3) | Sinopsis Drama

Mimpi Sabrina (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Mimpi Sabrina
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Nizam Zakaria
Siaran : TV3
Masa : Isnin-Khamis | 3.00 Petang
Episod : 20
Pelakon : Juliana Evans, Erwin Darson, Josiah Hogan, Tasha Shilla, Marissa Yasmin, Ako Mustapha, Amy Mastura, Roy Azman, Hamidah Wahab

Mimpi Sabrina sebuah drama arahan Nizam Zakaria yang akan diulang tayang di slot Telenovela TV3 mulai 23 Februari 2022, setiap hari isnin hingga khamis jam 3 petang. menampilkan gandingan pelakon Juliana Evans, Erwin Dawson dan Josiah Hogan.

Sinopsis Drama Mimpi Sabrina 

mengisahkan percintaan dua darjat antara Sabrina (Juliana Evans), anak seorang hartawan perhotelan dengan Fahrin (Erwin Dawson), adik kepada pembantu rumah yang bekerja di villa milik keluarga Sabrina. Namun begitu, percintaan mereka terputus apabila Fahrin dipenjarakan atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Sabrina kemudiannya dinikahkan dengan sepupunya, Ridhuan (Josiah Hogan) demi menyelamatkan perniaagan ayahnya yang sedang mengalam masalah. Setelah tujuh tahun berlalu, cinta yang terkubur itu bertaut semula apabila Fahrin dan Sabrina bertemu tanpa sengaja dalam suasana yang cukup berbeza.

Sabrina adalah jurugambar terkenal manakala Fahrin pula seorang usahawan berjaya namun kekayaannya menjadi misteri. Ridhuan pula kecewa apabila Sabrina tidak mencintainya lalu kembali kepada kekasih lamanya, Farah (Tasha Shilla) yang merupakan seorang model terkenal.

Kerana kecewa dan terasa dikhianati, Ridhuan menjadi seorang yang tidak amanah sehingga menyebabkan syarikat mereka menghadapi masalah kewangan yang serius. Fahrin pula sengaja mengaburi mata Ridhuan dengan menawarkan bantuan kewangannya itu. Fahrin mengambil kesempatan kerana dia ingin memancing kembali perhatian Sabrina semula. 

Adakah Sabrina akan kembali menjalin kasih bersama Fahrin dan terus melupakan Ridhuan?

Post a Comment

0 Comments