Review Drama | Kaget Nikah (2021)


Drama : Kaget Nikah (Married by Accident)
Produksi : Max Pictures
Pengarah : Vemmy Sugita
Siaran : WETV
Tayangan : 23 Disember 2021 - 18 Februari 2022
Episode : 20
Durasi : 30 minit
Pelakon : Kevin Julio, Aurora Ribero, Steffi Zamora, Fero Walandouw, Raisya Bawazier, Pierre Gruno, Mathias Muchus, Karina Suwandi, Revaldo, Axel Matthew, Anastasiaa

Kaget Nikah mengisahkan Lalita (Aurora Ribero) yang baru memasuki usia 19 tahun dan mula merancang untuk meraikan hari jadinya bersama kawan-kawannya di luar negara. Danung (Mathias Muchus) dan Dewi (Karina Suwandi) tidak pernah mengongkong kebebasan anak perempuan mereka malah menyokong segala kemahuan Lalita.

Namun segala berubah apabila anak sulung mereka, Carissa (Steffi Zamora) yang baru sehari bernikah dipulangkan oleh mertuanya dengan alasan tidak mempunyai dara di malam pertama perkahwinan.

Sejak itu, Danung dan Dewi mengawal tingkah laku Lalita kerana tidak mahu anak mereka terlanjur sebelum bernikah. Lalita menjadi tertekan apabila Danung tidak menyukai teman lelakinya, Juan (Axel Matthew).


Lalita pergi ke Puncak bersama kawan-kawannya untuk meraikan hari jadinya ditemani orang gaji keluarganya kerana Danung mahu memastikan Lalita tidak berhubung dengan Juan.

Sebaliknya terjadi peristiwa malang apabila Lalita terjatuh sehingga hilang dara, Andre (Kevin Julio) yang kebetulan lalu di situ mahu membantu tapi ditangkap basah oleh orang kampung dan memaksa mereka untuk bernikah.

Andre adalah anak tunggal Lucas (Pierre Gruno), kawan baik Danung. Walaupun Dewi mempercayai Lalita hilang dara kerana terjatuh namun Danung dan Lucas mahu anak mereka disatukan segera. 

bagi Lucas, ini peluang terbaik untuk merapatkan hubungan mereka sekeluarga selain mahu Andre memutuskan hubungannya dengan Lolita (Anastasiaa). Danung juga bersetuju dengan rancangan Lucas kerana tidak mahu Juan menganggu anaknya lagi.


Lalita dan Andre tidak dapat menerima perkahwinan mereka, masing-masing mencari pelbagai cara dan alasan untuk menyakinkan ibu bapa yang mereka tidak serasi dan mahukan penceraian.

bosan dengan isu penceraian dibangkitkan anak-anak mereka, Danung dan Lucas telah meletakkan syarat yang siapa tidak mampu bertahan dalam perkahwinan tersebut tidak akan menerima harta warisan keluarga. jadi terpaksa Lalita dan Andre menukar taktik mereka dengan mensabotaj satu sama lain.

Andre tidak boleh menyerah kerana dia memerlukan wang untuk berkahwin dengan Lolita yang dari awal telah memberitahu tidak mahu hidup miskin. manakala Lalita juga tidak boleh kehilangan harta warisan kerana dia mempunyai pelbagai impian yang mahu dilakukan.

Siapakah yang bakal kecundang dalam permainan tersebut?


Selepas penceraian dengan suaminya, Abi (Revaldo), Carissa membuat keputusan untuk mengikuti kelas terapi di Bali untuk mengatasi masalah kemurungan yang dihadapinya. Apa yang membuat Carissa kecewa adalah suaminya langsung tidak bersuara mempertahankan dirinya saat dikembalikan kepada keluarganya.

Di kelas tersebut, Carissa bertemu dengan Rico (Fero Walandouw) yang menjadi mentornya. hubungan mereka semakin rapat dan selalu meluangkan masa bersama.

saat Carissa mula jatuh dengan Rico, dia berasa bingung apabila lelaki itu tiba-tiba berubah menjadi dingin. dalam masa yang Abi datang menagih peluang kedua dari Carissa. Siapakah yang menjadi pilihan Carissa?


kisah kahwin paksa bukan sesuatu yang baru tapi Kaget Nikah tetap menghiburkan untuk ditonton. walaupun perangai Lalita si anak manja ini ada kalanya annoying tapi seriusly tergelak tengok perang antara Lalita dengan Andre. setiap kali Lalita pergi jumpa keluarga dengan helah baru mesti si Andre bagi plot twist sampai terdiam Lalita bila rancangannya gagal. bagi aku, banyak scene yang best dan ngakak bila Andre dan Lalita berperang.

kisah pasangan kedua, Carissa dan Rico nampak sweet sangat tapi bila si Abi muncul kembali, nyampah pula kita. aduh waktu orang tuanya pulangkan si isteri terus diam membisu. tiba-tiba terhegeh datang minta peluang kedua.

walaupun Kaget Nikah bergenrekan komedi romantis tapi langsung tak sesuai untuk ditonton budak bawah 18 tahun sebab ada scene yang agak lucah terutama sekali scene antara Andre dengan teman wanitanya Lolita. jalan cerita Kaget Nikah ok laa but overall still menghiburkan untuk ditonton.

Baca juga: 

Post a Comment

3 Comments

  1. Terbelit lidah nak sebut nama2 pelakon dia hehe

    ReplyDelete
  2. Lalita dan Lolita. hampir sama. macam kembar. hihi

    ReplyDelete
  3. tengok klip diorang memang kelakar tapi tak sempat tengok lagi

    ReplyDelete