Drama Indonesia | My Lecturer My Husband (2020)

My Husband My Lecturer

Title : My Lecturer My Husband
Drector : Monty Tiwa
Screenwriter : QueenB
Network : Iflix / WeTV
Release Date : 11 December 2020
Duration : 37 minutes
Cast : Reza Rahadian, Prilly Latuconsina, Kevin Ardilova


My Husband My Lecturer mini siri terbaru yg ditayangkan di WeTV dan Iflix. bila tengok tajuk dan sinopsis drama tu memang tak plan nak tengok sebab dah banyak drama melayu dan novel yg lebih kurang je jalan ceritnya.

tak tahulah kenapa klip video drama ni asyik muncul tiap kali kali buka youtube makanya aku terjebak  juga kerana Reza Rahadian.

My Husband My Lecturer

My Lecturer My Husband mengisahkan Inggit (Prilly) yg dijodohkan dengan pensyarahnya, Arya (Reza Rahadian) oleh orang tuanya.

di kampus, Arya digelar Dosen (Lecturer) Killer kerana selalu memberi markah rendah kepada pelajarnya dan tiada kompromi bab itu. Inggit juga antara pelajar yg anti giler dengan Pak Arya sebab selalu dapat markah rendah.

Suatu hari, Inggit balik kampung bila dapat tahu bapanya masuk hospital. waktu itu juga bapanya minta Inggit berkahwin dengan calon pilihan bapanya. masalahnya Inggit sayang giler dengan pacarnya Tristan.

My Husband My Lecturer

Inggit cuba ajak Tristan berkahwin dengannya tapi Tristan belum bersedia sebab Tristan nak capai impiannya untuk menjadi seorang doktor. akhirnya Inggit terpaksa setuju dengan pilihan bapanya.

Inggit memang tak tahu siapa calon suaminya sampai hari temujanji, terkejut juga bila Pak Arya yg muncul. Perkahwinan antara Inggit dan Arya berlangsung tanpa diketahui kawan baik Inggit dan Inggit juga minta Arya merahsiakan perkara tersebut dari semua pelajar di kampus.

tipikal drama kahwin paksa, lepas kahwin mestilah bergaduh. lagi parah bila Inggit terkurung dalam rumah dengan Arya apabila Indonesia dikenakan perintah berkurung disebabkan covid19.

dari episod pertama dah tergelak dengan perangai Arya, dia punya sengal memang tak boleh bawa bincang. bertabahlah siapa yg jadi pelajar dia. walaupun Arya bukan jenis romantik tapi boleh nampak dia layan Inggit dengan baik. Inggit memang tak nampaklah kebaikan Arya kalau setiap masa asyik fikir pasal Tristan. 

My Husband My Lecturer

dari segi jalan cerita memang klise tambah pula drama pkp lagilah beberapa episode tu banyak scene dalam rumah sahaja. ada kalanya annoying dengan dengan watak Inggit ni memanjang cari gaduh cubalah jaga perasaan orang lain sikit walaupun terpaksa berkahwin.

ini pertama kali aku tengok Reza Rahadian dan terus jatuh suka dengan lakonan dia. watak Arya nampak terlalu mudah untuk Reza sebab tu lakonan dia nampak natural habis. banyak kot filem dia yg box office yg aku ternampak di iflix dan netflix tapi tak pernah terbuka hati nak tengok so lepas ni bolehlah marathon filem dia pula.

My Husband My Lecturer sebenarnya drama adaptasi novel yg popular di wattpad, masih lagi ditayangkan di WeTV setiap hari jumaat tapi aku dah maraton sampai episode 6, baki episode tu nantilah kalau rajin baru nak sambung tengok.

Post a Comment

14 Comments

  1. klu wattpad mostly fanfic la kan ?

    ReplyDelete
  2. Owh.. dari wattpad eh.. Rasanya macam ada rakan FB share pasal drama ini.. drama dari Indonesia rupanya..

    ReplyDelete
  3. adehh,, asyik lalu je kat timeline fb semua. nak tengok semua tak ada mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek je aien, lagi pendek dari chinese drama..hehe

      Delete
  4. Ada perasan drama ni dalam WeTV. Biasa drama romantik ni cliche sikit kan :)

    ReplyDelete
  5. tu dia da marathon sampai habis tu..hahaha dasyat

    ReplyDelete
  6. mcm best la drama ni. kena tengok la di iflix nanti...

    ReplyDelete
  7. nampak macam best ni :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  8. jalan cite dia nampak mcm best. yang pelakon perempuan tu pernah tengok dalam movie hantu indon ...

    ReplyDelete
  9. bila baca sinopsis terasa best la citer ni

    ReplyDelete
  10. layannns.. 😅😅😅

    wak jarang tgk drama

    ReplyDelete
  11. Akak suka layan cerita yang Reza Rahadian ni berlakon 😊

    ReplyDelete