Lari Cabi Lari (TV2) | Sinopsis Telemovie


Telefilem : Lari Cabi Lari
Produksi : Funwerk Sdn Bhd
Pengarah : Megat Sharizal
Penulis Skrip : Hadi M Nor
Siaran : RTM TV2
Tayangan : 21 Februari 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Eric Fuzi, Jasper Supayh, Syrul Ezwan, Sri Kumaran, Hafizee Hatta, Syafiq Aiman, Amirul Ilias, Kween Keela, Aqil Nahar

Ejekan tubuh merupakan sesuatu amalan atau tabiat sesetengah orang dalam memberikan komen negatif tentang berat badan seseorang yang lain. Hakikatnya tindakan memalukan ini mampu menyumbang menjadi barah dalam masyarakat kita.


Mengisi slot Drama On 2 di TV2, Lari Cabi Lari mengisahkan Cabi, seorang pemuda dari kampung yang baru meneruskan pelajarannya di kolej. Dia mempunyai berat badan yang berlebihan dan sukar menyesuaikan diri dalam persekitaran baru. Cabi kemudiannya jatuh hati dengan seorang gadis peramah bernama Mariah.

Disebabkan fizikalnya yang gemuk, Cabi terpaksa berhadapan dengan cabaran dari buli yang merendah-rendahkan dirinya. Cabaran yang dihadapi Cabi ketika cuba menawan hati gadis yang disukainya dan cuba menjadi seorang yang lebih tabah.

Daniel yang merupakan teman Mariah menyedari Cabi menyukai gadis itu. Oleh kerana hal tersebut, Daniel membuli Cabi dan memalukannya di hadapan rakan-rakannya. Kejadian itu menjadi melampau sehinggalah dilihat oleh Selvan, teman sebilik Cabi.

Lari Cabi Lari (TV2) | Sinopsis Telemovie

Selvan yang hilang sabar dengan perangai Daniel telah memberi cabaran, jika Cabi berjaya melayakkan dirinya mewakili kolej, Daniel tidak akan menganggu Cabi lagi. Daniel bersetuju dan sejak hari itu Cabi mula berlatih bersama Selvan.

Pada mulanya Cabi hampir berputus asa kerana latihan agak sukar namun Selvan banyak memberi semangat dan dorongan yang membuatkan Cabi bertambah yakin untuk meneruskan latihan tersebut.

Dalam masa yang sama hubungan Cabi dan Mariah bertambah rapat. Selvan juga telah merakam aktiviti latihan Cabi sehingga mendapat perhatian kerana menjadi inspirasi kepada netizen. secara tak sengaja, Cabi menjadi seorang influencer kerana kegigihannya.

Lari Cabi Lari (TV2) | Sinopsis Telemovie

Perkara ini tidak disenangi oleh Daniel. Meskipun Daniel yakin bahawa Cabi tidak akan berjaya melayakkan dirinya menjadi atlet kolej, namun maruahnya tercabar kerana perhatian yang diterima oleh Cabi.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Cabi berjaya dalam cabaran yang diberikan Selvan?

Ikuti kesudahannya dalam telefilem Lari Cabi Lari yang akan ditayangkan pada 21 Februari 2022, hari isnin jam 9 malam di Drama On 2 TV2. Telemovie ini menampilkan lakonan Eric Fuzi, Jasper Supayah, Sri Kumaran dan Syrul Ezwan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Post a Comment

1 Comments

  1. Body shaming ni memang sudah ada dalam masyarakat kita sejak sekian lama. Dah jadi budaya hiduplah pulak kan.

    ReplyDelete