Ikatan Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Ikatan Cinta (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Ikatan Cinta
Pengarah : Doddy Djanas
Penulis Skrip : Theresia Fransisca, Donna Rosamayna
Siaran : TV9
Mula Tayangan : 26 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 7.40 Malam
Pelakon : Amanda Manopo, Arya Saloka, Evan Sanders, Glenca Chysara, Surya Saputra, Natasha Dewanti, Iqbal Fawzi, Sari Nilam Fiki Alman, Ivankan Suwandi, Willy Felix, Chika Waode

Sinopsis Drama Ikatan Cinta

TV9 membawakan sinetron dari Indonesia, Ikatan Cinta mengisahkan dua beradik iaitu Andin (Amanda Manopo) dan Elsa (Glenca Chysara) yang tanpa sedar jatuh cinta kepada lelaki yang sama, Nino (Evan Sanders). hubungan mereka bertambah keruh apabila Elsa mengetahui Nino akan berkahwin dengan kakaknya sendiri.

Nino sebenarnya bekas teman lelaki Elsa dan Andin tidak kisah dengan hal tersebut. namun begitu, Elsa tidak dapat menerima hakikat tersebut kerana selama ini semua keinginannya akan dituruti keluarganya lalu membuat rancangan licik untuk menghancurkan hubungan Andin dan Nino dengan bantuan ibunya.

Selepas Andin berkahwin dengan Nino, Elsa tetap tidak berputus asa menjalankan rancangan jahatnya untuk merampas Nino semula. Adakah rumah tangga Andin dan Nino akan kekal bahagia?

Saksikan kesemuanya dalam Ikatan Cinta lakonan Amanda Manopo, Evan Sanders dan Glenca Chysara yang disiarkan setiap isnin hingga khamis jam 7.40 malam mulai 26 Januari 2022 di Sinetron TV9.

Post a Comment

0 Comments