Sinopsis Telefilem | Jodoh Ayahku (TV1)


Telefilem : Jodoh Ayahku
Produksi : Summit Tressure
Pengarah : Rosliana Roslie
Siaran : TV1
Tayangan : 22 Januari 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Che Kem, Aishah Azman, Tunku Hanis, Shazzy Edora, Jesse Lim, Azzahra Ahmad, Daler Yusuf

Panggung RTM TV1 membawakan telefilem santai menarik untuk ditonton berjudul Jodoh Ayahku menampilkan pelakon utama yang berpengalaman seperti Che Kem, Aishah Azman dan Tunku Hanis di bawah sutradara Rosliana Roslie.

Jodoh Ayahku mengisahkan Abang Mus yang telah menduda cuba mencari calon isteri yang baru. Sahabatnya, Kok Ming telah memperkenalkan dua orang calon namun ditolak secara baik oleh abang Mus membuatkan Kok Ming akur dengan keputusan kawan baiknya itu.

Sementara itu, takdir telah mempertemukan Abang Mus dengan dua orang wanita pada masa yang sama iaitu Shima dan Shikin. kedua-duanya mempunyai ciri-ciri wanita yang dicari abang Mus selama ini.

Sedar dengan abang Mus yang dalam dilema untuk membuat keputusan, Shima dan Shikin mencuba pelbagai cara dan helah untuk menambat hati abang Mus. Siapakah ang menjadi pilihan Abang Mus?

Post a Comment

4 Comments