Review Movie | Don't Look Up (2021)


Title : Don't Look Up
Director : Adam Mckay
Network : Netflix
Release Date : 24 December 2021
Duration : 2 hour 18 minutes
Cast : Leonardo Dicaprio, Jennifer Lawrence, Rob Morgan, Cate Blanchett, Meryl Streep, Jonah Hill, Mark Rylance, Tyler Perry, Ron Perlman, Ariana Grande, Melanie Lynskey, Tomer Sisley, Scott Mescudi


Don't Look Up sebuah filem satira komedi mengisahkah dua orang ahli astronomi iaitu Kate Dibiasky (Jennifer Lawrence) dan proffesornya, Randall Mindy (Leonardo DiCaprio) yang menjumpai sebuah komet sebesar gunung everest yang menuju ke arah bumi dalam tempoh enam bulan.

Mereka memaklumkan kepada NASA, dengan ditemani ketua Planetary Defense Coordination NASA, Dr Teddy Oglethorpe (Rob Morgan) mereka segera pergi bertemu Presiden Janie (Meryl Streep) untuk memberitahu tentang komet tersebut.


sudahlah kena tunggu sampai sehari, lepas tu jawapan yang mereka dapat sangat mengecewakan apabila Presiden Janie dan anaknya suruh diamkan perkara tersebut kerana mereka sedang sibuk dengan kempen pilihan raya dalam masa tiga minggu. 

Kate dan Randall kemudiannya cuba memberitahu orang ramai tentang perkara tersebut melalui program tv tapi host siap boleh buat lawak lagi sampai Kate jadi frust mengamuk dalam live show terus viral benda tu cakap Kate tak betul padahal orang ramai langsung tak sedar yang dunia akan musnah kerana komet tersebut.

Selepas tersebar skandal seks, Presiden Janie mahu menggunakan isu komet tersebut untuk meraih perhatian pengundinya dengan melancarkan misi untuk mengubah haluan komet tersebut. adakah mereka dapat menyelamatkan dunia?


Sebelum ni ada ternampak orang rekomen filem Don't Look Up di twitter, bila dah tonton baru faham kenapa. sebabnya banyak benda yang berlaku dalam filem ini boleh relate dengan isu semasa yang sedang berlaku dalam negara kita.

dalam tempoh enam bulan tersebut cukup untuk ambil tindakan mengatasi masalah tersebut tapi orang politik sibuk nak jaga kepentingan diri mereka daripada nyawa rakyat. orang ramai pula lebih kisahkan gosip skandal artis. lepas tu jutawan pula sibuk nak ambil tempat saintis kononnya pelan strategi dia lebih mantap dan bagus.

bila letak orang bodoh yang bukan bidangnya memang binasa dunia. tapi apa yang lebih menakutkan propaganda daripada kerajaan untuk brainwash rakyat supaya tak sedar realiti yang sedang berlaku.


filem Don't Look Up, bagi aku kelakar dalam masa yang sama annoying bila tengok perangai manusia dalam cerita ni rasa nak maki, boleh faham perasaan Kate yang frust giler bila orang buat acuh tak acuh dengan isu yang mengancam dunia. dan realitinya juga sangat menakutkan sebab benda ni juga dah nampak dalam negara sendiri.

overall, plot Don't Look Up sangat menarik dan lakonan barisan pelakonnya sangat mantap. cuma kalau nak tengok hati-hati sikit sebab ada babak ada tak senonoh dalam cerita ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Ada nmpk list kat netflix.. Mmg msk list nak tgk dbb ada leonardo hahahaa...

    ReplyDelete
  2. my bro said its the best! so i have to skip reading the review sbb takot ada spoiled hehe

    ReplyDelete
  3. Lama saya tak tonton filem.
    Selamat tahun baharu 2022.

    ReplyDelete
  4. Memang ramai yang recommend filem ini..

    ReplyDelete
  5. Dah tonton filem ni tapi rasa kurang puas. Hanya lakonan Leo dalam beberapa scene yang memberi kesan untuk saya sebagai penonton. Jalan cerita.. ermm.. terlalu komikal..! :p

    ...

    ReplyDelete