Drama : Derhaka Cinta Jebat
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Syed Mohaamaad Taufik
Siaran : TV1
Tayangan : 3 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Pelakon : Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Ikmal Amry, Jasper Supayah, Faez Nick, Daniel Fong, Ikhwan Rosli, Nina Fazurina, Mimi Ernida
Derhaka Cinta Jebat sebuah drama adaptasi novel Derhaka Cinta Jebat karya Cik Tet mengisahkan Jebat Zulkarnain (Azlee Khairi) yang sanggup menzalimi isterinya, Aisyah Humaira (Elvina Mohamad) kerana berpunca dari salah faham, dendam dan ditambah pula dengan ego yang tinggi melangit.
Jebat membuat rancangan supaya Aisyah jatuh cinta kepadanya sehingga terbina ikatan perkahwinan dengan niat mahu membalas dendam kerana wanita tersebut pernah menjalinkan hubungan cinta dengan adiknya, Tuah Iskandar (Ikmal Amry) padahal dia telah salah sangka yang Aisyah menjadi penyebab musibah yang menimpa Tuah.
Aisyah kecewa apabila mengetahui motif sebenarnya Jebat. walaupun mencintai Jebat tapi Aisyah menderita dengan perkahwinan tersebut lalu membuat keputusan untuk meninggalkan Jebat bersama hati yang terluka.
Mainan takdir, disaat segala kebenaran terbentang di depan mata, Jebat pula yang jadi penasaran. Menyesal kini tidak berguna, Aisyah semakin jauh membawa diri. Penyesalan kini menyeksa diri Jebat. Masih berkesempatan lagikah dia atau sudah terlambatkah untuk dia meraih sebuah kemaafan dan cinta Aisyah kembali?
Tonton : Drama Derhaka Jebat
Saksikan kesemuanya dalam drama Derhaka Cinta Jebat yang akan bersiaran setiap hari isnin hingga khamis jam 6 petang bermula 3 November 2021 di slot Widuri TV1.
Baca juga:
3 Comments
macam best je cerita ni
ReplyDeletemacam best jer cerita ini
ReplyDeleteala.. tak berapa gemar pula dgn sinopsisnya.. dah tengok tak.. best ke
ReplyDelete