Sinopsis Drama | Cinta Asyifa (TV2)


Drama : Cinta Asyifa
Pengarah : Amin Ishaq
Siaran : TV2
Tayangan : 18 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 8.00 Malam
Episod : 26
Pelakon : Dea Annisa, Eza Gionino, Queen Gendis, Citra Anggun, Rommy Sulastyo, Aldy Taher, Merdianti Oktavia, Cemem, Wawan Wanizar

Asean Screen On 2 di TV2 membawakan pilihan drama menarik dari Indonesia iaitu Cinta Asyifa bagi menggantikan drama Black mulai 18 Januari 2022.

Cinta Asyifa mengisahkan Asyifa (Dea Annisa), gadis miskin yang berusaha mencari nafkah bagi membiayai perubatan ibunya yang sakit dan menjaga adiknya yang masih kecil. walaupun mempunyai pak cik iaitu Faizal dan isterinya, Syahrani namun mereka bukan membantu malah menyusahkan lagi  hidup Asyifa.

Suatu hari, Asyifa bertemu dengan Tristan yang sedang patah hati kerana dikhianati kekasihnya, Rachel. Pertemuan pertama mereka bermula dengan salah faham sehingga Tristam membenci Asyifa namun takdir menentukan Asyifa akhirnya masuk dalam keluarga Tristan.

Masa berlalu, Tristan mula menyedari dirinya jatuh cinta pada Syifa namun hubungan mereka tidak direstui ibu Tristan kerana status Syifa yang datang dari keluarga miskin. dalam masa yang sama, Syifa berada dalam dilema cinta tiga segi apabila Zidan juga menyukai Asyifa.

Apakah kesudah kisah cinta Asyifa? Saksikan kesemuanya dalam sinentron Cinta Asyifa dalam slot Asean Screen On 2, setiap isnin hingga khamis jam 8 malam bermula 18 Januari 2022.

Post a Comment

0 Comments