Bunga Hati (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Bunga Hati (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Bunga Hati
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Liza Ali
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 10 Januari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Nafiez Zaidi, Lydiawati, Fauziah Ahmad Daud, Zulkifli Ismail, Fify Azmi, Fazziq Muqris, Halmey Hamdah

Selepas drama Tak Sempurna Mencintaimu, Intan Najuwa dan Redza Rosli digandingkan sekali lagi menerusi drama Bunga Hati yang diadaptasi dari novel Bunga Hati karya Liza Zahira.

Sinopsis Drama Bunga Hati 

mengisahkan cinta tiga hati antara Dilaila (Intan Najuwa), Amer (Redza Rosli) dan Joshua (Erwin Dawson). Dilaila yang terlalu memendam rasa, Amer yang menderita kerana cinta dan Joshua yang tulus ikhlas dalam mencintai.

Cinta pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor bernama Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. 

Namun hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa pulang ke Filipina. Dilaila nekad meneruskan perjuangan hidup dan melupakan perasaan cintanya untuk menjadi usahawan berjaya. 

Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.

Post a Comment

3 Comments

  1. Another lakonan Intan Najuwa. Look for it. Hehe

    ReplyDelete
  2. kalau tak sempat ..boleh kot tengok cacth-up at Astro Ultra?

    ReplyDelete