Review Telefilem | Angan-Angan Mat Jiman (2021)


Telefilem : Angan-Angan Mat Jiman
Produksi : Arie Zaharie Production
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Siti Aishah
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 25 Disember 2021
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Amerul Affendui, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Anuar, Aleza Shadan , Arie Zaharie, Muzayyin, Bohari Ibrahim

Angan-Angan Mat Jiman mengisahkan Jiman (Ameerul Affendi) seorang pemuda kampung yang kuat berangan tapi satu kerja pun tak berjaya dilakukannya. Perniagaan tudungnya tidak mendapat sambutan malah kedai minumannya pun sendu gara-gara perangai Jiman yang panas baran dan tidak pandai berbudi bahasa dengan pelanggan. 

ditambah waktu pandemik ini, Jiman dan rakan-rakannya menolak untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 menyebabkan penduduk kampung tidak senang dengan mereka, malah niat Jiman untuk menyewa kedai juga ditolak kerana tidak mengambil vaksin.


Suatu hari, Jiman terdengar orang kampung berdebat mengunakan kaedah alternatif yang boleh menjadi penawar virus covid 19 lalu Jiman mendapat ilham untuk melakukan kajian sendiri dengan menggunakan bahan herba seperti akar kayu, cengkih, lemon dan banyak lagi. hasil kajiannya diuji pada binatang.

Kawan-kawan Jiman iaitu Fatih (Chubb-e), Zaki (Harris Anuar) dan Prabu (Fadhli Massot) turut membantu Jiman dalam mendapatkan bahan ujikaji walaupun mereka sendiri meragui penawar covid 19 yang dihasilkan Jiman.


plot dan jalan cerita telefilem Angan-Angan Mat Jiman sangat simple tentang Jiman dengan angan-angannya untuk menghasilkan penawar dan menjadi kaya dengan penawar tersebut. genre lebih kepada komedi, terhibur juga  menonton telefilem ni tengok perangai Jiman yang tak semenggah ni. 

moral of story, bila buat suatu benda kena ada ilmu kalau tidak jadi macam Jiman bila usaha yang dilakukan tanpa ilmu akhirnya memakan diri sendiri. 
Overall, nice story.

Post a Comment

2 Comments

  1. Cerita seronok layan santai santai straight to the point. Kalau ada orang macam Jiman matilanakkkk...memandai mandai buat eksperiment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah la pekakas eksperiment semua kebas mak dia punya macam mana mak dia tak mengamuk..haha

      Delete