Review Movie | The Door Into Summer (2021)


Title : The Door Into Summer
Director : Miki Takahiro
Screenwriter : Kanno Tomoe
Network : Netflix
Release Date : 25 Jun 2021
Duration : 1 hour 58 minutes
Cast : Yamazaki Kento, Kiyohara Kaya, Fujiki Naohito, Natsuna, Mashima Hidekazu, Harada Taizo, Takanashi Rin, Hamano Kenta, Taguchi Tomorowo


The Door Into Summer mengisahkan Takakura Soichiro (Yamazaki Kento) seorang yatim piatu yang kemudiannya menjadi anak angkat kawan baik bapanya, Matsushita. Soichiro belajar dalam bidang robotik dan bekerjasama dengan Matsushita untuk membina robot. selepas kematian Matsushita Soichiro meneruskan kerja bapa angkatnya dengan mencipta plasma battery.

Pada tahun 1995, nama Soichiro menjadi terkenal apabila robot ciptaannya mendapat perhatian ramai. namun begitu, Soichiro dikhianati oleh business partner dia dan juga teman wanitanya, Rin (Natsuna), semua hasil kerjanya dirampas oleh mereka.


Soichiro yang kecewa membuat keputusan untuk masuk dalam mode cold sleep iaitu satu mesin yang dicipta untuk meletakkan pelanggan mereka tidur dalam tempoh tertentu. Soichiro juga telah menyerahkan semua hartanya kepada adik angkatnya, Riko (Kiyohara Kaya) yang baru berusia 17 tahun.


pada tahun 2021, Soichiro tejaga dari tidur dan cuba mencari Rin dan Riko dengan diemani robot bernama Pete (Fujiki Naohito). Soichiro mendapati banyak benda yang berubah dalam 30 tahun, Rin sekarang hidup miskin dan syarikat yang dirampas dulu telah jatuh bankrap.

paling mengejutkan bila mendapat tahu semua hartanya diserahkan Sato Taro (Harada Taizo) bukan kepada Riko. Soichiro kemudiannya sedar siapa mastermind di sebalik semua benda ini lalu kembali semula ke tahun 1995 dengan mesin masa ciptaan Proffesor Toi untuk menyelamatkan keadaan.


plot movie ni agak menarik tapi dalam masa dua jam macam tak cukup sebab ada bahagian yang tak diterangkan dengan baik buat aku tak berapa faham terus end up jadi pening dan confius dengan jalan ceritanya.

misi yang Soichiro buat macam smooth sangat bila dia balik semula tahun 1995 lepas tu penguam Sato boleh terima cerita dia dengan senang. secara logiklah kalau tiba-tiba muncul orang tak kenal dan bagitahu dia dari masa depan seriusly siapa nak terus percaya?


kalau korang suka filem bergenrekan sci-fiction maybe boleh try layan filem The Door Into Summer tapi kalau mencari logik seriusly baik jangan tengok sebab nanti jadi pening macam aku sebab ada part dalam movie ni yang macam missing.

tapi benda yang suka adalah mesej filem ini, daripada sibuk nak tangis benda yang hilang lagi bagus terus move on dan bina masa depan sendiri. lagi satu, Soichiro tahu adik dia ada perasaan padanya tapi Soichiro sempat pesan dengan Riko, pergi kejar cita-cita dan tengok dunia dulu baru fikir pasal cinta. penamatnya, happy ending.

Post a Comment

3 Comments

  1. macam ada movie jepun tu, lebih kurang gini la kot. terus jadi blur tengok and padam ah.. Buat stress akak je Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama xtgok movie jepun, tgk yg ni pun sbb ada yamazaki kento..haha

      Delete
  2. dah ada dalam list cuma tak tengok je lagi.. layan santai santai okay kot..

    ReplyDelete