Review Movie | Stand by Me Doraemon 2 (2020)


Title : Stand by Me Doraemon 2
Director : Ryuichi Yagi, Takashi Yamazaki
Screenwriter : Takashi Yamazaki
Network : Netflix
Release Date : 20 November 2020
Duration : 96 minutes
Voice Cast : Wasabi Mizuta, Megumi Ohara, Satoshi Tsumabuki, Yumi Kakazu, Tomokazu Seki, Subaru Kimura, Sachi Matsumoto, Vanilla Yamazaki, Shihoko Hagino


Dalam filem Stand by Me Doraemon 2, Nobita dan Doraemon mengembara ke masa lalu kerana rindu dengan neneknya yang meninggal dunia ketika dia di tabika. Neneknya langsung tak terkejut dengan kehadiran Nobita dari masa depan malah mengalu-alukan kedatangannya ke situ. 

waktu itu, nenek Nobita menyatakan hasrat untuk melihat isteri Nobita di masa depan. Nobita jadi panik sebab tahu yang dirinya tidak hadir pada hari perkahwinan tersebut.

untuk memenuhi impian terakhir neneknya, Nobita dan Doraemon mengembara ke masa hadapan untuk memastikan perkahwinan tersebut berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.


untuk filem kedua ni, animasi 3D nampak lebih cantik daripada filem pertama. plot dan jalan cerita juga agak menarik sebab ada unsur saspen, drama dan kelakar. cerita dia banyak bermain dengan pengembaraan masa antara masa lalu, sekarang dan hadapan.

jalan cerita dia lebih fokus pada diri Nobita, bila dia cuba mencari makna di sebalik namanya dan kenapa Nobita menghilangkan diri pada hari perkahwinan. sudah tentu pasal Doraemon juga yang terpaksa membantu menyelesaikan semua masalah Nobita


macam filem pertama apa yang aku komen, kalau pernah follow siri dan komik Doraemon tentu akan familiar dengan jalan ceritanya, bila tengok filem ni macam mengimbas kenangan silam juga melayan cerita Doraemon dulu-dulu. overall masih menghiburkan untuk ditonton secara santai.

Post a Comment

3 Comments