Drama Turki | Siyah Beyaz Ask - Price of Passion (TV3)


Drama : Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)
Tayangan : 16 Oktober 2017
Episod : 32
Pelakon : Ibrahim Celikkol, Birce Akalay, Muhammet Uzuner, Arzu Gamze, Ece Dizdar, Deniz Celiloglu, Ugur Aslan, Sinem Unsal, Timur Olkebas, Cahit Gok



Siyah Beyaz Ask mengisahkan Asli (Birce Akalay), seorang pakar bedah yang tidak sengaja menyaksikan Namik Emirhan (Muhammet Uzuner) telah membunuh seseorang. Ferhat (Ibrahim Celikkol) yang bekerja untuk Namik telah diarahkan untuk membunuh Asli.

namun Ferhat mengubah fikiran bila mengetahui Asli adalah adik kepada Cem Cinar (Ugur Aslan), pengawai polis yang sedang menyiasat kerja kotor yang dilakukan oleh Namik. Ferhat tidak mahu mencari masalah dengan polis lalu dia memberi dua pilihan kepada Asli sama ada mati atau berkahwin dengannya.

hidup Asli seperti tawanan bila tidak dapat melarikan diri daripada Ferhat dan tidak boleh memberitahu orang lain alasan sebenar di sebalik perkahwinan tersebut kerana Ferhat telah mengugut untuk membunuh abangnya.


Namik Emirhan adalah ahli perniagaan yang berjaya dan terkena sifat dermawan yang suka membantu orang lain dan juga pemilik hospital tempat Asli bekerja. namun di sebalik semua itu, Namik juga banyak melakukan kerja haram dan Ferhat yang merupakan anak buahnya yang banyak membantu kerja kotor yang dilakukan oleh Namik.

sebenarnya semua konflik yang berlaku dalam drama ni ada kena mengena dengan Namik dan banyak rahsia yang tersimpan oleh setiap ahli keluarga Namik. rahsia pertama, Namik sebenarnya bapa kandung Ferhat. Yeter (emak Ferhat) dan Namik bukan adik beradik tapi perempuan simpanan Namik sebelum berkahwin dengan bapanya.

Ferhat tak sedar yang sepupunya, Curnet yang dalam diam mengkhianati dirinya dan Namik. Curnet juga telah mengandungkan adik Ferhat, Gulsum. cuma yang aku tak faham siapa Handan ni. kalau dia kakak kepada Namik takkan dia tak tahu hubungan sebenarnya Yeter dan Namik.


Ferhat mempunyai dua adik iaitu Yigit dan Gulsum, dan Ferhat sangat rapat dengan bapanya. Sewaktu berusia 12 tahun, bapanya telah dibunuh didepan matanya kemudian muncul Namik yang memberitahu telah terjumpa pembunuh bapa dia dan menyuruh Ferhat membunuh pembunuh tersebut. 

kiranya punca Ferhat jadi kejam angkara Namik juga. Namik sebenarnya nak ambil Ferhat balik tapi bapa dia tak bagi jadi selepas bapa mereka meninggal, semua ahli keluarga Ferhat tinggal dengan Namik.

apabila besar, Yigit menjadi pendakwaraya dan bergabung dengan abang Asli untuk menyiasat kegiatan jahat dilakukan oleh Namik. Yigit dari awal lagi tak suka dengan Namik sebab waktu kecil dia sangat rapat dengan Ferhat jadi dia tahu Namik telah bawa pengaruh buruk pada Ferhat.


walaupun Ferhat ni jenis hati batu dan kejam tapi dia tak boleh duduk diam bila ada yang cuba mengganggu ahli keluarganya termasuk Namik walaupun dia setia kepada lelaki itu. 

dari awal lagi, Namik tak suka Ferhat bawa masuk Asli ke dalam keluarga mereka, lagi tak senang duduk bila Asli tahu rahsia yang tersimpan kemas olehnya dan Yeter. Namik juga merasakan Ferhat banyak berubah sejak berkahwin dengan Asli dan hal ini boleh merugikan dirinya. jadi Namik buat rancangan untuk menghapuskan Asli.

bukan setakat Namik sahaja tapi nyawa Asli selalu terancam bahaya sebab ramai musuh Namik lepas tu tak pasal dirinya juga menjadi target mereka. walaupun Ferhat tak tahu rancangan Namik tapi dia akan terus melindungi Asli dari bahaya dan juga Yigit sebab Namik pun tak puas hati juga dengan Yigit.


jalan cerita Siyah Beyaz Ask sangat menarik, setiap episode akan ada twist dan banyak watak baru yang muncul sebab tu tak boleh nak skip satu episode nanti tak faham cerita dia. walaupun watak baru yang muncul untuk bunuh Namik tapi si Namik ni tetap bertahan juga sampai ke penghujung. 

keluarga Namik ni boleh tahan annoying juga macam Handan dan juga girlfriend Namik, Idil. memula tu suka juga dengan Idil sebab dia nampak cerdik tapi selepas itu terserlah kebodohan dia sebab cemburukan Yeter. tak tahu macam mana Yeter boleh bertahan duduk dalam keluarga Namik ke sebab duit so hadap je lah dengan perangai manusia dalam rumah tu.

Asli walaupun memula tu menangis-nangis terpaksa berkahwin dengan Ferhat tapi kemudiannya jatuh cinta dengan suami sendiri bila Ferhat yang selalu protect dia dari segala bahaya. walaupun Ferhat nampak kejam tapi Asli nampak kebaikan dalam dirinya sebab tu Asli cuba tarik Ferhat keluar dari dunia gelap dia.

walaupun baru masuk keluarga Namik, Asli secara tak sengaja dapat tahu rahsia keluarga tersebut tentang Namik yang sebenarnya bapa kandung Ferhat dan juga tentang Gulsum yang cuba menyembunyikan kandungannya. at the end, Asli juga yang membantu satukan semua ahli keluarga Ferhat.


aku pun tak ingat bila start tengok drama Siyah Beyaz Ask tapi sampai sekarang tak habis lagi tengok, tahu-tahu TV3 pun tengah tayang drama Siyah Beyaz Ask setiap petang sabtu. tapi tak rajinlah kita nak tengok kat tv sekarang ni.


overall, memang best melayan drama turki sebab tersangkut dengan hero dan heroin. hero mafia kemain ganas gitu sekali jatuh cinta, sanggup korban apa saja untuk orang yang tersayang. banyak juga cabaran Ferhat dan Asli kena tempuh dalam perkahwinan mereka. yang penting happy ending.

Post a Comment

7 Comments

  1. Hero dia sekali pandang macam husband Nurul Depp

    ReplyDelete
  2. Banyak drama Turki yang best. Saya sekarang masih tengah layan cerita Son Yaz. Jenuh menunggu 1 episod 2 jam. 😂

    ReplyDelete
  3. Yeay happy ending kan? Tapi nyampah la ngadap anak buah dia lgi tu. Ehh geram aje nengokkan

    ReplyDelete
  4. wah jalan cerita macam ni mama suka..

    ReplyDelete
  5. Best cerita ni. Tapi kejap tengok kejap tak tengok.Ha3

    ReplyDelete
  6. Patutlah kat tv3 lambat habis. Sekali cari kat tempat lain. Dua jam uish.

    ReplyDelete