Review Drama | Plot Love (2021)


Title : Plot Love
Director : Tan You Ye
Network : iQiyi
Aired : 7 April 2021 - 23 April 2021
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Chen Shu Jun, Ross Chen, 
Jiang Xin Qi, Cai Xiang Yu, Liu Run Ze, Li Jia Tong


Plot Love mengisahkan Su Bei (Chen Shu Jun) seorang model agent terkenal di luar negara kembali ke China selepas tujuh tahun untuk membalas dendam dan menyiasat kebenaran satu-satu saudaranya, Auntie Lan yang membunuh diri kerana hasilnya kerjanya yang dicuri sehingga perniagaan Auntie Lan muflis.

Su Bei mahu mencari bukti sama ada suaminya, Lu Nan (Ross Chen) terlibat dengan kejadian tersebut. Su Bei kemudiannya dapat tahu suaminya hilang ingatan selepas dia pergi ke luar negara dan dan tidak dapat mengingati Su Bei sebagai isteri.


Su Bei dihantar ke luar negara kerana keluarga Lu Nan merasakannya telah memalukan syarikat mereka kerana dituduh meniru hasil rekaan orang lain dalam satu pertandingan. hal ini juga menyebabkan berlaku salah faham antara mereka berdua sehingga Lu Nan memaksa Su Bei untuk menandatangan surat cerai.

Su Bei kemudiannya dapat tahu dirinya mengandung ketika berada di luar negara dan cuba memberitahu hal tersebut kepada Lu Nan tapi tidak dapat bercakap dengan suaminya. Su Bei menyangka Lu Nan tidak peduli lagi pada dirinya padahal tak tahu yang suaminya terlibat dalam kemalangan dan koma.

bila kembali semula ke China, Su Bei mendekati Lu Nan untuk menyiasat sama ada suaminya ada kena mengena dengan kematian Auntie Lan. dalam masa yang sama Su Bei menyembunyikan anak mereka, Chris yang telah berusia tujuh tahun.


sinopsis Plot Love nampak menarik tapi sejujurnya tak mampu nak habiskan drama ni sebab jalan cerita dia bukan main slow, banyak sangat watak jahat yang bikin keadaan huru hara dan acting heronya nampak awkward.

menyampah dan tak faham motif watak jahat dalam drama ni sebab cemburukan Su Bei sampai nak perdajalkan orang tu padahal keluarga sendiri juga. lepas tu that guy yang nampak baik tapi bukan kemain jahat plan nak jatuhkan hero dia. 

walaupun ada budak kecik dalam drama ni itupun tak menarik minat aku untuk habiskan drama ni. overall, tipikal romance drama.

Post a Comment

3 Comments

  1. tak syok lah kalau hero tak pandai berlakon padahal genre ringan je kot

    ReplyDelete
  2. tak best kalau byk sangat plot jahat...rasa lemas nengoknya...

    ReplyDelete