Review Chinese Drama | Plot Love (2021)


Title : Plot Love
Director : Tan You Ye
Network : iQiyi
Aired : 7 April 2021 - 23 April 2021
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Chen Shu Jun, Ross Chen, Jiang Xin Qi, Cai Xiang Yu, Liu Run Ze, Li Jia Tong


Plot Love mengisahkan Su Bei (Chen Shu Jun) seorang model agent terkenal di luar negara kembali ke China selepas tujuh tahun untuk membalas dendam dan menyiasat kes berkaitan saudaranya yang telah membunuh diri.

Oleh sebab itu, Su Bei mahu mencari bukti penglibatan suaminya, Lu Nan (Ross Chen) dengan kes tersebut namun dia dapat tahu suaminya hilang ingatan sebaik sahaja dia pergi ke luar negara dan langsung tidak mempunyai memori mengenai Su Bei.


Pada waktu itu, Su Bei dihantar ke luar negara oleh keluarga Lu Nan kerana bagi mereka, Su Bei telah memalukan nama baik keluarga dan syarikat apabila dituduh meniru rekaan orang lain dalam satu pertandingan. Hal ini juga menyebabkan berlaku salah faham antara mereka berdua sehingga Lu Nan memaksa Su Bei menandatangani surat cerai.

Apabila berada di luar negara, Su Bei disahkan mengandung dan cuba memberitahu hal tersebut kepada Lu Nan tapi berlaku salah faham kerana campur tangan keluarga Lu Nan. Su Bei menyangka Lu Nan tidak peduli lagi pada dirinya tapi Su Bei tak tahu yang Lu Nan terlibat dalam kemalangan jalan raya menyebabkannya koma.

Selepas tujuh tahun, Su Bei kembali semula ke China dan menyembunyikan anaknya, Chris dari pengetahuan Lu Nan. Pada masa yang sama mahu menyiasat sama ada Lu Nan ada kena mengena dengan kes kematian Auntie Lan. 


sinopsis Plot Love nampak menarik tapi jalan ceritanya sangat slow. banyak watak jahat yang buat keadaan huru hara tapi masalah utama bila lakonan heronya sangat awkward.

menyampah dan tak faham motif watak jahat dalam drama ni sebab cemburukan Su Bei sampai nak perdajalkan orang tu padahal keluarga sendiri juga. lepas tu that guy yang nampak baik tapi bukan kemain jahat plan nak jatuhkan hero dia. 

walaupun ada budak kecik dalam drama ni itupun tak menarik minat aku untuk habiskan drama ni. overall, tipikal romance drama.

Post a Comment

3 Comments

  1. tak syok lah kalau hero tak pandai berlakon padahal genre ringan je kot

    ReplyDelete
  2. tak best kalau byk sangat plot jahat...rasa lemas nengoknya...

    ReplyDelete