Title : Meenakshi Sundareshwar
Director : Vivek Soni
Screenwriter : Vivek Soni, Aarsh Vora
Network : Netflix
Release Date : 5 November 2021
Duration : 2 hour 21 minutes
Cast : Abhimanyu Dassani, Sanya Malhotra, Kumar Subramaniam, Ritika Shotri, Kalp Shah, Khomal Chhabria, Manoj Mani Matthew, Varun Rao


Meenakshi Sundareshwar mengisahkan Meenakshi (Sanya Maholtra) dan Sundareshwar (Abhimanyu Dassani) yang dijodohkan atas aturan keluarga walaupun keluarga pengantin lelaki tersilap rumah waktu datang meminang tapi datuk Meenakshi merasakan itu petanda jodoh mereka.


baru dua hari berkahwin dan belum sempat lagi untuk mengenali hati budi masing-masing, Meenakshi dan Sundar terpaksa berpisah apabila Sundar mendapat tawaran bekerja sebagai jurutera IT di Bangalore.

Sundar terpaksa merahsiakan statusnya apabila majikan menetapkan syarat hanya pekerja bujang dibenarkan bekerja di situ. Sundar merasakan ini peluang yang cerah untuk masa depannya sebab tak nak terlibat dengan perniagaan sari keluarga mereka.

Mereka bersetuju untuk tinggal berjauhan dalam tempoh setahun demi masa depan Sundar dalam masa yang sama bekerjasama supaya keluarga mereka tidak tahu tentang syarat yang ditetapkan majikan Sundar.


pada mulanya hubungan Meenakshi dan Sundar berjalan lancar dan selalu berhubung melalui telefon dan video call. Meenakshi juga tak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan keluarga besar Sundar dan selalu berkongsi masalah dengan adik Sundar, Mukai.

namun makin lama hubungan mereka mula goyah bila Meenakshi rasa yang Sundar tak jujur dengan dia dan jadi makin tertekan bila tak dibenarkan bekerja oleh bapa Sundar padahal dia ada degree.

Meenakshi rasa tak ada jalan penyelesaian untuk masalah dia plus masing-masing pula tinggal jauh susah untuk duduk bincang bersama dan selesaikan salah faham yang berlaku.


jalan cerita nampak macam klise tentang arranged marriage dan hubungan jarak jauh tapi masih menarik untuk ditonton sebab flow cerita sangat smooth. ada scene yang kelakar dan ada juga scene yang sedih.

suka watak Meenakshi, comel bila tengok dia interview Sundar waktu first time mereka bertemu dan bukan kemain fanatik dia dengan Rajinikanth. suka juga aura positif dia bila kena handle perkahwinan dan keluarga Sundar. gandingan Meenakshi dan Sundar memang comel dan serasi.

overall, kalau koreang suka tengok drama cinta romantik komedi bolehlah try menonton movie Meenakshi Sundareshwar.