Love Destiny (2018) | Review Drama Thailand


 Title : Bpoop Phaeh Saniwaat
Another Title : Love Destiny
Director : Mai Phawat Panangkasiri
Screenwriter : Salaya Sukanivatt
Network : Channel 3 / Netflix
Aired : 21 Feb 2018 - 11 Apr 2018
Episodes : 15
Duration : 1 hour 45 minutes
Cast : Pope Thanawat, Bella Vanita, Punjan Kawin, Prang Kannarun

Love Destiny (2018) | Review Drama Thailand

Love Destiny mengisahkan Kadesurang (Bella Vanita), seorang ahli arkeologi di zaman moden telah mengembara ke 300 tahun yang lalu di zaman pemerintahan Ayutthaya dan masuk ke dalam badan Karakade.

Di masa lampau, Karakade (Bella Vanita) merupakan seorang wanita yang sombong dan pentingkan diri sendiri, telah ditunang dengan Por Date (Pope Thanawat) kerana ayah mereka berkawan baik. sikap Por Date yang tidak ambil serius dan selalu menangguhkan perkahwinan mereka telah menimbulkan kemarahan Karakade. 

Karakade bertindak kejam dengan menghapuskan Mae Ying Junward (Prang Kannaraun) kerana cemburu melihat keakraban gadis itu dengan Por Date. Mae Ying tersebut dapat diselamatkan malangnya orang suruhannya telah mati lemas.


Por Date syak semua ini perbuatan Karakade kerana tahu perangai sebenar gadis tersebut namun Karakade tidak mengaku kesalahannya. Por Date meminta bapanya untuk menggunakan Moon Mantra untuk menghukum pesalah sebenar.

Sewaktu Moon Mantra dibaca, Karakade telah menderita dengan perbuatannya sendiri sehingga meninggal dunia dan pada waktu tersebut juga badan Karakade telah diambil alih oleh Kadesurang yang telah merentas masa dari zaman moden.

keesokannya harinya, Por Date dan penghuni rumah yang lain terkejut apabila melihat Karakade tidak terkesan dengan Moon Mantra jadi mereka mengganggap yang Karakade tidak terlibat dalam kemalangan yang menimpa Mae Ying Junward.

Love Destiny (2018) | Review Drama Thailand

bagi Kadesurang pula hidup sebagai Karakade dan di zaman Ayutthaya bukan perkara mudah tambahan pula ramai yang membenci Karakade. namun begitu, dia tak mudah berputus asa untuk tunjukkan kepada orang lain yang Karakade telah berubah.

ramai yang pelik melihat perubahan Karakade, ada yang kata dia sudah gila disebabkan Moon Mantra. kalau sebelum ini Karakade sangat menjaga status dan sombong tapi Karakade sekarang sangat mesra dan mudah bergaul dengan orang lain termasuk orang suruhan di rumah mereka.

Por Date yang sebelum ini sangat membenci tunangnya, mula jatuh cinta melihat perubahan dan kebaikan Karakade.


bila tengok boran atau historical drama, sangat best tengok budaya, pakaian dan makanan yang digunakan pada zaman tersebut. bahasa pun nampak lembut dan tertib tapi sayang tak faham bahasa siam. 

walaupun pada awal cerita agak menyampah dengan perangai Karakade tapi bila Kadesurang ambil alih, jalan cerita makin menarik dan kelakar bila tengok Kadesurang cuba adapt dengan zaman tersebut dan bercinta dengan Por Date yang pada mulanya sangat membenci Karakade.

jalan cerita Love Destiny juga banyak bermain dengan politik dan sejarah Ayutthaya. walaupun Kadesurang tahu sejarah tapi dia tak cuba untuk mengubah apa-apa kerana tahu sejarah yang berlaku tetap akan berlaku dan tidak berubah.

gandingan Pope Thanawat dan Bella Vanita antara faktor lain yang buat Love Destiny menjadi drama paling popular. chemistry mereka itu nampak sangat serasi dan sangat sweet. overall, sangat menghiburkan dan menarik untuk ditonton.

Post a Comment

3 Comments

  1. drama yg best..suka tengok budaya orang Thai..

    ReplyDelete
  2. Popular nama watak karakade ni. Lama betul 300 tahun dulu. Tiba tiba berubah jadi baik memang pelik tu kan. Cerita yang best jugak ni.

    ReplyDelete