Drama Thailand | Help Me! Oh My Ghost (2021)


Title : Help Me Khun Pee Chuay Duay
Another Title : Help Me! Oh My Ghost
Network : Channel 3/Netflix
Aired : 19 October 2021
Episodes : 10
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Ter Chantawit, Diana Flipo, Pariit Thimthong, Prang Kannarun, Mac Wiranakarn, Flute Chinapat, Mam Kathaleeya, Kob Songsit, Kik Mayurin, M Apinan


Help Me! Oh My Ghost mengisahkan Muthita (Diana Flipo) seorang youtuber terkenal di Thailand, pada hari jadinya, Khetkhan (Pariit Thimthong) telah membuat kejutan dengan melamar Muthita sebagai isteri tapi Muthita menolak kerana belum bersedia.

Muthita mempunya impian untuk berjaya dalam kariernya dan memberi kesenangan kepada ibu bapanya. walaupun Muthita tahu Khet anak orang kaya yang dapat memberi kesenangan kepada dia tapi Muthita mahu berjaya atas hasil usahanya sendiri sebab tahu ibu Khet selalu memandang rendah pada kerjanya dan tak suka pada dirinya.

Anon (Ter Chantawit) merupakan former stuntman dan kini melakukan apa sahaja kerja untuk menyara keluarga. Pada malam hari jadi Muthita, Anon bekerja sebab pelakon extra untuk menjayakan kejutan Khet pada Muthita.

Ketika dalam perjalanan ke rumah selepas majlis hari jadinya, Muthita terserempak dengan Anon (Ter Chantawit) yang dirompak di tengah jalan dan cuba untuk membantu Anon yang cedera tapi sebaik sahaja sampai di hospital Anon menghilangkan diri. sebenarnya Anon telah mati dalam kejadian rompakan tersebut tapi Anon sendiri tak sedar yang dia telah mati dan Muthita juga tak sedar yang dilihatnya itu adalah roh Anon.

keesokannya harinya Muthita mahu memulangkan barang Anon yang tertinggal, dia pelik bila melihat Anon tidak pulang ke rumah dan merayau di lorong yang sama seperti semalam. Muthita kemudiannya terbaca berita kematian Anon di internet dan terus jadi takut bila yang di depannya bukan lagi Anon sebaliknya adalah hantu Anon yang telah meninggal dunia.


sejak hari itu, hidup Muthita tidak lagi tenteram apabila Anon tak habis menganggu hidupnya selagi dia tak tunaikan hajat Anon. nak tak nak terpaksa Muthita pergi berjumpa keluarga Anon untuk sampaikan permintaan Anon.

Anon masih lagi tak boleh menerima dirinya sudah meninggal dunia kerana masih risaukan keluarganya. Anong (Prang Kannarun) isteri Anon sedang sarat mengandung anak mereka yang kedua, anak sulungnya juga masih kecil  dan ibunya pula tidak berapa sihat.

Oleh kerana Muthita sahaja yang dapat melihat dirinya, Anon terus menghantui hidup Muthita dengan harapan gadis itu dapat membantu menyampaikan permintaan Anon kepada keluarganya.


masalah Muthita bukan sahaja diganggu hantu Anon tapi juga tak fokus pada kerjanya apabila Khet tiba-tiba menjauhkan diri dan tidak menjawab panggilannya selepas menolak lamaran teman lelakinya itu. atas nasihat Anon, Muthita berubah fikiran untuk berkahwin dengan Khet.

walaupun keluarga Muthita dan bapa Muthita merestui hubungan mereka tapi rancangan untuk berkahwin tidak semudah yang disangka apabila ibu Khet meletakkan pelbagai syarat kepada Muthita.

dalam masa yang sama, Kuer yang merupakan bekas teman lekaki Muthita kembali semula ke Thailand selepas 10 tahun dan mahu menuntut kembali janji Muthita kepadanya walaupun tahu yang Muthita akan berkahwin dengan Khet.


sebelum ni ada complain, drama thailand yang keluar kat Netflix semua drama lama tapi lately ni rajin pula Netflix bawa masuk drama terbaru dari Thailand sampai tak sempat nak follow semua. hah padan muka!

excited juga nak tengok drama Help Me! Oh My Ghost sebab ternampak Ter Chantawit, sebelum ni suka tengok dia berlakon dalam filem Hello Stranger dan yang paling latest filem Oh My God Father.

jalan cerita Help Me! Oh My Ghost nampak menarik juga untuk tiga episode pertama tapi rasanya banyak konflik yang akan berlaku untuk episod yang mendatang. cgi dan cinematography untuk drama ni pun nampak cantik dan improve banyak cuma macam pelik juga kenapa hantu dalam drama ni semuanya make up tebal nampak buruk selain Anon.

tapi memang terhibur menonton drama ni sebab watak Ter Chantawit sebagai hantu Anon, walaupun annoying juga bila dia tak habis mengganggu hidup Muthita tapi tergelak tengok dia betul-betul desperate sebab tak ada orang lain lagi yang boleh tolong dia melainkan Muthita.


Anon lain daripada hantu yang lain kerana wrong timing, dia tak sepatutnya mati lagi tapi disebabkan roh dia merayau waktu itu jadi suudah terlambat untuk betulkan keadaan bila jasad dia juga sudah selamat disemadikan. Anon tak puas hati bila tahu kenyataan tersebut.

berbaloi juga bila dia pergi mengamuk pada grim reaper apabila diberikan peluang untuk menjadi manusia semula tapi ada syarat yang perlu dipatuhi. grim reaper juga sudah ingatkan walaupun kembali menjadi manusia, keluarga Anon dan orang yang megenali dirinya tetap tidak dapat melihat jasad Anon.

Anon mempunyai keistimewaan selepas menjadi hantu apabila dapat melihat karma manusia jadi dia perlu guna peluang tersebut untuk membantu manusia di samping membuat merit untuk dirinya sendiri. adakah Anon berjaya menjalankan misi yang diberi grim reaper tersebut?

Post a Comment

4 Comments

  1. seram jg kalau asyik kena ganggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik muka hantu dia maintain hensem lagi kalau tidak..nightmare..haha

      Delete
  2. Oh.. Hero dia pelakon Oh My God Father. Menarik ni

    ReplyDelete