Review Drama Korea | Run On (2020)


Title : Run On
Director : Lee Jae Hoon
Screenwriter : Park Shi Hyun
Network : JTBC/Netflix
Aired : 16 December 2020 - 4 February 2021
Episodes : 16
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Im Shi Wan, Shin Se Kyung, Choi Soo Young, Kang Tae Oh, Lee Jung Ha, Lee Bong Ryun, Choi Jae Hyun, Yeon Jae Wook, Abel Ryu, Park Young Gyu, Cha Hwa Yun


Run On mengisahkan Ki Seon Gyeom (Im Shi Wan), atlet lumba lari 100 meter dalam pasukan kebangsaan yang memilih untuk bersara selepas terpalit dengan kontroversi memukul juniornya di bilik latihan.

orang tak tahu junior yang Seon Gyeom belasah ni yang sebenarnya membuli seorang lagi junior yang rapat dengannya, Kim Woo Shik (Lee Jung Ha) sampai masuk hospital tapi jurulatih mereka memilih untuk mendiamkan isu tersebut. Seon Gyeom berharap bila dia menggunakan kekerasan ramai yang buka mata mengenai kes tersebut.

malangnya, ramai yang cuba cover kes tersebut sebab Seon Gyeom anak orang politik. bapa Seon Gyeom juga guna orang dalam supaya media tak tahu hal tersebut sebab tak nak merosakkan reputasinya.


ramai yang cemburu dengan Ki Seon Gyeom sebab anak orang kaya dan semua ahli keluarganya sangat terkenal. bapanya ahli politik, emaknya pula pelakon terkenal dan kakaknya pemain golf nombor satu negara.

tapi semua itu tak seindah yang disangka oleh orang luar, walaupun Seon Gyeom rapat dengan kakak dan emaknya tapi dia memilih untuk tinggal di hotel sebab tak sependapat dengan bapanya. Seon Gyeom merasakan selama ini bapanya yang mengatur masa depan dia dan kakaknya.

sampai satu tahap Seon Gyeom sendiri tak tahu kenapa dia memilih untuk berlari sebab dulu dia atlet lempar lembing, selepas kecederaan serius di bahu bapanya suruh Seon Gyeom bermain bola tapi last sekali dia pilih untuk jadi atlet lumba lari.


Oh Mi Joo (Shin Se Kyung) bekerja sebagai freelacer translator untuk filem luar negara, dalam masa yang sama dia juga menjadi jurubahasa untuk menampung kehidupannya sebab Mi Joo ni anak yatim dan dari kecil sudah biasa berdikari.

Suatu hari, Oh Mi Joo diupah menjadi jurubahasa selama seminggu untuk satu event di Jeju yang turut dihadiri oleh media luar. waktu ni Mi Joo dah mula rapat dengan Seon Gyeom sebab mereka sudah pernah berjumpa sebelum itu. 


Di Jeju, Seon Gyem ambil peluang beritahu kat semua media tentang kes dia pukul junior. bapa dia sendiri terkejut sebab dah cover habis kes tersebut, siap panggil rakan politik datang event tersebut tapi dapat malu bila anak sendiri memberontak.

walaupun media korea dan netizen terus menghentam Seon Gyeom yang menggunakan kekerasan terhadap junior tapi media luar lebih tertarik untuk siasat hal sebenar. akhirnya kebenaran terbongkar apabila Kim Woo Shik yang menjadi mangsa buli tampil ke depan.

Selepas peristiwa tersebut, Seon Gyeom memilih untuk bersara dan menumpang sementara di rumah Mi Joo sebab dia tak ada tempat untuk dituju. dalam masa yang sama Seon Gyeom cuba mencari karier yang sesuai selepas berhenti menjadi atlet sukan.


character dalam drama ni sangat unik. watak Ki Seon Gyeom sangat tenang dan pelik sampai Mi Joo rasa macam mereka berdua dalam dua bahasa berbeza. tak tahu nak describe macam watak Seon Gyeom sebab aku pun kadang tak faham apa benda yang mereka sembang sebenarnya. 

watak Mi Joo juga sangat strong dengan cara dia, suka tengok Mi Joo handle keluarga Seon Gyeom dan beri nasihat pada Seon Gyeom supaya sayang diri sendiri dulu sebelum terlibat dengan masalah orang lain. perangai pelik Seon Gyeom itu juga antara sebab Mi Joo tertarik dengan Seon Gyeom.


drama ni slow sangat, nak tengok Mi Joo dan Seon Gyeom bercinta bukan main slow. orang lain tengok pun confius sebab nak kata kawan pun tidak, nak kata pasangan kekasih pun tidak. sebenarnya dari awal lagi masing-masing ada perasaan to each other tapi tak berani meluahkan. bila bercinta aishh comelnya Shi Wan!

tapi yang geram tu bila Mi Joo tiba-tiba nak berpisah sekejap selepas kena serang dengan bapa Seon Gyeom. aku pun tak faham sebab dari awal lagi Mi Joo dah tahu keluarga Seon Gyeom macam mana tapi dia tetap juga nak bercinta dengan Seon Gyeom pastu bila jadi drama macam ni tiba-tiba nak give up.

tapi jangan risaulah, Mi Joo dan Seon Gyeom berpisah sekejap sahaja sebab nak beri masa untuk diri sendiri last sekali tetap happy ending.


aku tengok drama ni sebab Shi Wan dan Shin Se Kyung, Shin Wan sangat perfect bawa watak macam ni. rasanya macam first time Shi Wan lead drama cinta, comel pula bila tengok dia senyum. cair kejap..hehe

sejujurnya bila dah sampai pertengahan cerita jalan cerita dia makin bosan dan dragging sepatutnya drama ni buat 10 episod sahaja. episod belakang-belakang tu  aku banyak main forward je tengok sebab banyak subplot dengan watak lain dan ada scene tak penting pun tapi dimasukkan untuk cukupkan 16 episod. 

bagi aku, permulaan cerita agak menarik tapi bila sampai pertengahan dah makin hilang fokus dengan jalan cerita dia maybe drama ni terlalu klise untuk aku.

Post a Comment

11 Comments

  1. oo..plot dragging ni yg boring nak tengok, ada fillers lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dragging macam ni agak letih juga nak menghabiskan cerita dia..

      Delete
  2. plot dia macam cliche jugak lah especially part Mi Joo minta break tu padahal dah tahu family Seon Gyeom macam mana. Hero dia handsome walaupun plot cliche hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iagak klise juga la..i tengok pun sebab Shi Wan, tak pernah tengok dia berlakon dalam drama cinta2 ni..hehe

      Delete
  3. Lainnya rupa Shin Se-kyung. Tak perasan pulak drama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama ni tak popular sangat. kalau tak masuk netflix, memang tak perasan la drama ni.

      Delete
  4. Sempat tgk 2 episod je.. Sbb x dpt menarik minat utk smbg tgk hehehe myb bila xde drama dh, bole tgk blk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tengok pun sebab hero dia, bertabah juga untuk habiskan..haha

      Delete
  5. sesekali layan cerita yg ada sport best gak

    ReplyDelete
  6. jangan usik 'chaebol'! hahahaha
    ye ke slow? alamak... kena fikir dulu nk tgk ke x ni ;-)

    ReplyDelete