Drama Hindi | Vish : A Poisonous Story (TV3)


Drama : Vish: A Poisonous Story
Slot : Sonia TV3
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Debina Bonnerjee, Sana Makbul, Vishal Vashishtha

Vish: A Poisonous Story drama hindi terbaru yang ditayangkan di slot Sonia TV3 mulai 21 September 2021 menggantikan drama Bepanah Pyaar. Drama mini 20 episode ini juga pernah ditayangkan di ColorS TV dan menamatkan siaran pada 10 Jun 2019 dan sepatutnya disambungkan ke musim kedua tapi telah dibatalkan.



Vish: A Poisonous Story mengisahkan Dr Aliya yang mendapat kerja baru di Estet Kothari yang terletak di sebuah pulau. dalam perjalanan ke pulau tersebut ada beberapa kejadian aneh yang berlaku apabila ada peniaga di tepi jalan menasihatkan Aliya membatalkan niat ke sana kerana ramai yang telah mati di pulau tersebut.

sebaik tiba di sana, Aliya bertemu dengan Sabrina dengan pemilik Estet Kothari dan tugas Aliya adalah merawat Mohit, suami Sabrina yang telah lumpuh dan tidak dapat bercakap. Sabrina memberitahu peraturan yang Aliya wajib ikut iaitu Aliya tidak dibenarkan keluar dari pulau tersebut sepanjang tempoh berkhidmat di situ, tidak boleh bertanya sebarang soalan dan tidak boleh menyimpan cermin di rumah tersebut.

sebaik bertemu Mohit, Aliya perasan yang tanda lebam di bawah mata Mohit seperti terdapat pada ayahnya. Doktor yang merawat ayahnya memberitahu mereka tidak dapat mengenalpasti racun bisa yang menyebabkan kematian ayah Aliya. Aliya merasakan ini adalah petunjuk untuk dia mula menyiasat perkara tersebut.


Pada malam tersebut, Sabrina telah mengadakan majlis untuk menyambut hari jadi Mohit. Aliya merasakan Sabrina begitu menyayangi Mohit apabila melihat layanan Sabrina pada suaminya yang lumpuh.

Namun, kemunculan adik Mohit iaitu Aditya secara tiba-tiba telah merosakkan majlis tersebut. Aditya memberitahu kepada semua yang Sabrina seorang yang suka mengambil kesempatan dan mata duitan. Aditya juga percaya yang Sabrina menjadi penyebab abangnya jatuh sakit dan lumpuh untuk menguasai kekayaan keluarga Kothari.

bagi Aliya, Aditya telah berkelakuan kurang ajar kepada Sabrina dan tidak senang dengan kelakuan lelaki tersebut. hal ini menyebabkan Aliya dan Aditya selalu bertikam lidah walaupun baru bertemu.


Sabrina sebenarnya adalah Vishkanya iaitu suatu roh hitam yang memukau dan datang dalam rupa manusia yang sempurna tapi merupakan makhluk yang sangat berbisa. Sabrina juga akan membunuh manusia kerana setiap tiga belas hari, dia akan menghantar jantung mangsanya kepada Vishaili untuk memanjangkan lagi hayat kekasihnya.

Sabrina mempunyai misi iaitu mencari manusia dengan lambang Vishak untuk menyelamatkan dirinya dan Vishaili daripada lenyap dari muka bumi.

Post a Comment

6 Comments

  1. kalau terjebak ni, mesti sanggup tunggu sampi habis siri

    ReplyDelete
  2. Tengok tajuk macam banyak selok belok agendanya ni. Bercampur dengan ilmu mistik. Cerita macam ni kalau dah terjebak susah nak stop sebab curious nak tahu sampai ending.

    ReplyDelete
  3. Baru perasan drama sblm ni pun ada mistik2.. hehe yg ular tu tgk jugak nama dh lupa. Adoii

    ReplyDelete