Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 2 (TV3) | Sinopsis Drama Hindi

Yehh Jadu Hai Jinn Ka! 2 (TV3) | Sinopsis Drama Hindi

Drama : Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 2
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 8 September 2022
Masa : Isnin-Khamis | 4.00 Petang
Pelakon : Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma. Shehzada Dhami, Shruti Sharma, Smita Bansal, Sushant Singh

Drama bersiri popuplar, Yehh Jadu Hai Jinn Ka! kembali dengan musim kedua di slot Sonia TV3 mulai 8 September 2022, setiap hari isnin hingga khamis jam 4.00 petang.

kalau di musim pertama pun dah bermacam onak duri ditempuh oleh Arman dan Roshni angkara sumpahan jin. Adakah Arman dapat membebaskan dirinya dari sumpahan jin dan melindungi keluarganya?

Yehh Jadu Hai Jinn Ka! 2 (TV3) | Sinopsis Drama Hindi

Yehh Jadu Hai Jinn Ka! merupakan drama arahan Atif Khan yang ditayangkan di Star Plus pada 14 Oktober 2019 hingga 14 November 2020 sebanyak dua musim. musim pertama ada 122 episod dan musim kedua pula 96 episod.

Pelakon Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! : 

  • Vikram Singh Chauhan sebagai Aman Junaid Khan
  • Aditi Sharma sebagai Roshni Ahmed Khan
  • Shehzada Dhami sebagai Rehan Ahmed Khan
  • Shruti Sharma sebagai Shayari Choudhary
  • Smita Bansal sebagai Parveen Junaid Khan
  • Sushant Singh sebagai Junaid Khan
  • Garima Vikrant Singh sebagai Salma Janesaar
  • Jaswinder Gardner sebagai Rubina Khan
  • Vaibhavi Kapoor sebagai Sara Junaid Khan
  • Gouri Agarwal sebagai Saima Junaid Khan

Baca juga : Sinopsis Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 1


Yehh Jadu Hai Jinn Ka! 2 (TV3) | Sinopsis Drama Hindi

Sinopsis Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! 2

Askar The Red Moon menyerang Roshni menyebabkannya kehilangan Aman dan seorang dari bayi kembar di dalam kandungannya tapi keluarga mereka menyangka Roshni kehilangan kedua-dua bayi dalam kandungannya.

Walau bagaimanapun, Roshni bangkit melawan untuk membawa Aman pulang. Roshni bertemu sepupu Aman untuk membantunya dalam peperangan tersebut. Setelah gagal, dia membuat perjanjian dengan Kala Jin untuk menyelamatkan seorang anak di dalam kandungannya. 

Roshni terpaksa menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan Aman dan keluarga mereka sehingga dia dapat mencari jalan penyelesaian.

Tonton Online : Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Musim 2

Post a Comment

0 Comments