Review Drama | Tanya Sama Pokok (2020)


Drama : Tanya Sama Pokok
Produksi : Arie Zaharie Production
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Raizal, Affendy, Aloy Paradoks, Lydia Ibtisam, Deen Alie
Siaran : Astro Warna
Mula Tayangan : 21 September 2020
Pelakon : Sabri Yunus, Angeline Tan, Fizz Fairuz, Sara Ali, Aloy Paradoks, Mona Allen, Balkish Semundur Khan, Armada Armar, Camelia Natasha, Sobri Anuar, Taiyuddin Bakar, Jesse Lim

Drama Tanya Sama Pokok ditayangkan semula di Astro Ria, setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam. kadang tu tertengok juga kat tv walaupun tak sempat nak follow setiap episode tapi best juga melayan drama ni.

basically Tanya Sama Pokok mengenai ragam dan masalah yang berlaku dalam sebuah kampung. Pak Don (Sabri Yunus) selaku ketua kampung akan cuba menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi oleh orang kampung. walaupun ramai yang suka dengan cara kerja Pak Don tapi ada juga yang tak berpuas hati macam Kama Kompang (Fizz Fairuz) yang merasakan dirinya lebih layak untuk mengambil alih tempat Pak Don.


setiap episod akan ada pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang kampung tapi jalan cerita tak relate sangat sebab tu aku masih faham walaupun tak follow setiap episod.

lakonan semua pelakon nampak natural dan watak masing-masing pula ada ragam tersendiri yang bikin menghiburkan keadaan. macam Jusoh Waklu (Sobri Anuar) kaki kipas Kama, Mat Arip (Aloy Paradoks) pula kaki complaint, cinta tiga segi antara Ali (Armada Ammar), Siti (Sara Ali),  dan Nora (Camelia Natasha) dan banyak lagi watak menarik yang lain.

Tanya Sama Pokok mengetengahkan genre satira komedi, banyak dialog dan jalan ceritanya menyindir tentang isu semasa yang berlaku dalam negara. overall sebuah drama komedi santai yang menghiburkan.

Post a Comment

6 Comments

  1. drama ceni mmg best kalau tengok, semua ada ragam semasing

    ReplyDelete
  2. tengok la jugak sekali sekala kalau terbukak. tapi takdelah follow. kelakar jugak

    ReplyDelete
  3. pelakon smua best!

    awk.. blog awk ada 2 ye?
    tiaranovella & tiarasaphire

    ReplyDelete
  4. Ramai pelakon yang terlibat utk drama ni ye...

    ReplyDelete
  5. Drama ni tak tengok lagi. Nanti bolehlah layan.

    ReplyDelete