Movie Review | Hutang 2D (2021)

Movie Review | Hutang 2D (2021)

Movie : Hutang 2D
Produksi : Arie Zaharie Production, Knack Knack Production
Pengarah : Irwan Rauf, Eric Fauzi
Siaran : Astro First
Tayangan : 5 Ogos 2021
Durasi : 1 jam 35 minit
Pelakon : Ayie Elham, Baby Shima, Ropie, Black Hanifah, Wafiy Aan, Fauziah Dato Ahmad Daud, Eric Fuzi, Akram, Falique, Achoi, Amir, Coki, Altimet

Selepas telefilem Kau Raodblock Hatiku (2018) dan Tok Moh Talent Agency (2019), Floor88 muncul pula dengan filem terbaru Hutang 2D yang mana idea asal filem ini diangkat daripada lagu popular mereka yang bertajuk Hutang sebagai latar kepada jalan cerita. 


Hutang 2D mengisahkan Ayie (Ayie Elham) seorang pelukis webtoon yang kuat berangan, pengecut dan telah lama menyimpan perasaan pada Shima (Baby Shima). minat Ayie dalam melukis komik juga tidak disukai bapanya, Pak Jie (Ropie) yang mahukan Ayie mencari kerja lebih baik untuk membantu menyelesaikan hutangnya.

Suatu hari, Ayie mendapat sebuah tablet daripada Mambang (Altimet), siapa sangka berlaku keajaiban apabila segala benda yang dilukis Ayie dalam tablet tersebut menjadi hidup. Ayie mencipta rakan-rakannya iaitu Eric, Akram, Falique, Achoi dan Amir yang mempunyai kuasa superhero yang luar biasa untuk membantu Ayie menyelesaikan masalah dalam hidupnya.

koflik berlaku apabila Han (Black Hanifah) mahu Pak Jie menyelesaikan hutang-hutangnya dengan menggunakan Shima. namun semua itu hanyalah helah Han dan Kit (Wafiy Aan) kerana ada agenda yang tersembunyi.

Ayie dalam dilema apabila perlu mengatasi perasaan takutnya bagi menyelamatkan nyawa Pak Jib dan Shima yang dalam bahaya. adakah Ayie akan berjaya dalam misinya? yang itu kena tengoklah sendiri filem Hutang 2D, menarik juga sebab ada twist di penghujungnya.


Hutang 2D sebuah filem bergenrekan aksi komedi dan lebih kepada fantasi sebenarnya so tak boleh letak expectation yang tinggi sangat untuk jalan ceritanya. apa yang menarik cinematography dalam filem ni sangat cantik walaupun penggambaran filem ini dibuat di sebuah kawasan perumahan flat sahaja. babak aksi pun nampak menarik bila special effect yang digunakan nampak cantik.

selain daripada Ropie, Fauziah Ahmad Daud dan Wafiy, aku tak pernah tengok kumpulan Floor88 berlakon kecuali Eric sebab dah tahu dia seorang pelakon sebelum aktif dengan Floor88. lakonan Ayie sebagai watak utama dalam filem ini sebenarnya agak bagus juga. bila masuk geng Floor88 ke dalam jalan ceritanya, mereka tak nampak kekok untuk bawa peranan masing-masing dan kebanyakan babak Ropie dan geng Floor88 yang bikin terhibur keadaan.


sejujurnya aku lebih suka kalau plot untuk watak Ayie dikembangkan untuk mencapai impian sebagai pelukis webtoon yang berjaya sebab idea tu sangat menarik. di Malaysia sebenarnya tak ramai yang memberi perhatian dan memandang rendah kepada kerjaya pelukis komik terutama sekali ibu bapa.

namun jalan cerita Hutang 2D lebih memberi perhatian kepada masalah hutang dan implikasi yang berlaku kepada orang sekeliling apabila terjebak dengan hutang sesuailah dengan tajuk ceritanya.

overall, walaupun ada kelemahan dari segi jalan cerita tapi lakonan pelakon baru dalam Hutang 2D terutama sekali Ayie sebagai peneraju utama wajar dipuji. Hutang 2D sebuah filem komedi ringan yang santai dan sesuai dijadikan sebagai tontonan keluarga.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sebelum ni Ayie ada juga berlakon dalam telefilem tanah kubur. Rasanya itu first dia berlakon. Yang lain pun start berlakon telefilem baru baru ni. Okaylah ceritanya menggabungkan pelakon lama dan baru.

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni ada tengok telemovie Floor 88 yang ayie pengsan bila jumpa jodoh tu. Kayu sikit sebab baru berlakon kot masing2. Weekend ni nak try tengok tengok movie ni best ke x.

    ReplyDelete