Penghulu Interim (Awesome TV) | Sinopsis Drama


Drama : Penghulu Interim
Produksi : Red Bean Productions
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 31 Julai 2021
Episod : 24
Masa : Jumaat-Ahad | 9.00 Malam 
Pelakon : Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Roy Azman, Rosli Rahman Adam, Mat Over, Ebby Yus, Qazem Noe, Dayang Areeda, Nizam Kama

Sinopsis Drama Penghulu Interim

Penghulu Interim sebuah drama terbaru di Awesome TV mengisahkan tentang masyarakat bandar yang tinggal di kawasan perumahan flat. Borhan (Beto Kusyairy) yang diberi mandat untuk untuk menggantikan tempat pengerusi flat Seri Kenanga iaitu Pak Ladin yang koma selepas dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas.


Penduduk Flat Seri Kenanga bersemangat untuk menyambut Malam Muhibah yang pertama kali bakal diadakan di flat mereka tapi berita Pak Ladin koma menyebabkan ahli jawatankuasa flat tersebut tidak tahu bagaimana untuk menguruskan majlis kerana selama ini Pak Ladin yang membuat semua kerja kerana mereka semua sibuk.

Pak Abu (Rosli Rahman) mahu melantik Borhan untuk menguruskan majlis tersebut kerana selama ini Borhan yang rapat dengan Pak Ladin dan mesti tahu segala perancangan Pak Ladin. namun Borhan menolak kerana sibuk dengan kerja.

hal ini menyebabkan ajk flat terpaksa bersatu membuat kerja walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam membuat acara seperti itu. penduduk flat yang lain semakin teruja untuk menghadiri majlis tersebut dan meletak harapan yang tinggi sebab flat mereka tak pernah buat acara kemasyarakatan seperti Malam Muhibah sebelum ini.


selepas berbincang dengan isterinya Izzah (Nadiya Nisaa), Borhan bersetuju untuk membantu ajk flat menguruskan majlis tersebut lagipun dia tak mampu berdiam diri apabila melihat penduduk kampung bersemangat menghitung hari.

segala perancangan Borhan dipersetujui oleh semua ajk flat masalah mereka tidak mempunyai dana kerana akaun mereka diletakkan atas nama Pak Ladin. jadi susahlah untuk mengeluarkan wang. 

Borhan mempunyai idea dengan meminta derma daripada penduduk flat dan menjual burger pada waktu malam namun itupun belum cukup. nasib baik, Borhan pergi meminta bantuan daripada YB Manan (Ebby Yus) makanya mereka berjaya juga mengadakan Malam Muhibah.

Penghulu Interim (Awesome TV) | Sinopsis Drama

YB Manan melantik Borhan sebagai pengerusi flat tersebut selepas berpuas hati dengan cara Borhan mengurus majlis Malam Muhibah tersebut. namun Kassim (Roy Azman) tak suka dengan lantikan Borhan dan juga tak bersetuju bila ajk flat tetap mahu meneruskan Malam Muhibah, bagi Kassim duit tersebut boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih berfaedah.

selepas Malam Muhibah, penduduk flat digempatkan dengan kejadian kecurian kasut. sebagai Penghulu Interim sudah menjadi tanggungjawab Borhan untuk mendengar aduan dan menyelesaikan masalah yang berlaku di flat tersebut. Mampukah Borhan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Penghulu Interim?

Post a Comment

8 Comments

  1. Tengok barisan pelakon dah dapat agak drama ni kelakar. Nanti boleh tengok online.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai pelakon best dalam drama ni, itu yang best layan :)

      Delete
  2. Barisan pelakon semua best ni. Boleh tengok Awesome TV nanti.. Tak perasan pula promo drama ni kat 112.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Borhan kena jugak cari jalan untuk Malam Muhibah padahal sibuk dengan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. padanla pengerusi sebelum tu pun banyak buat kerja sorang2, bila jatuh sakit pakat mati kutu tak tahu nak buat kerja masing2.

      drama ni memang best sebab macam banyak kritik isu semasa yang berlaku sekarang ni.

      Delete
  4. ingat PM je ke ada PM interim. Hahaha Barisan pelakon mantop ni!

    ReplyDelete