Review Drama Korea | Voice 4 : Judgement Hour (2021)


Title : Voice 4 : Judgement Hour
Director : Shin Yong Hwi
Screenwriter : Ma Jin Won
Network : TVN
Aired : 18 Jun 2021 - 31 July 2021
Episodes : 14
Duration : 65 minutes
Genre : Crime, Action, Thriller, Psychological
Cast : Lee Hana, Song Seung Heon, Son Eun Seo, Baek Sung Hyun, Lee Kyu Hyung, Kim Joong Ki, Song Boo Geon, Kang Seung Yoon, Lee Eol, James Han

Voice kembali semula dengan musim keempat, yang mengisahkan Kang Kwon Joo (Lee Hana) yang mempunyai kebolehan mendengar bunyi yang tidak dapat didengar oleh orang biasa. Kang Kwon Joo menjadi voice profiler dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu mangsa jenayah dengan membentuk pasukan khas yang dinamakan Golden Time Team.


Selepas kematian Detektif Do Kang Woo (Lee Jin Wook), Kang Kwoo Joo selalu mengalami mimpi buruk setelah menerima email yang mengatakan dia mempunyai kembar siam, yang juga mempunyai keistimewaan mendengar seperti Kapten Kang tapi kembarnya itu menggunakan untuk membuat kejahatan dan membunuh orang.

dengan bantuan Park Eun Soo (Son Eun Seo), mereka dapat menjejaki pengirim yang menggunakan nama Circus Man. Kapten Kang terkejut apabila mengetahui email yang dihantar oleh Circus Man tersebut sebenarnya merupakan warning tentang siri pembunuhan yang akan berlaku seterusnya.

Kapten Kang meminta bantuan seniornya di Seoul untuk memeriksa lokasi kejadiannya namun tiada laporan yang diterima membuatkan pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan hanya berdasarkan teori Kapten Kang.


Derek Cho atau Cho Seung Ho (Song Seung Heon), seorang polis dari Los Angeles datang ke Korea bersama pasukannya untuk menangkap penjenayah yang telah melarikan diri ke Korea.

dalam masa yang sama, Kapten Cho telah menerima laporan adiknya, Lisa Cho (Lee E-Dam) telah diculik oleh Circus Man. Derek menjejaki adiknya dengan bantuan Kapten Kang, malangnya pencarian tersebut berakhir dengan kematian Lisa.

Hanya Kapten Cho sahaja yang sempat berlawan dengan Circus Man, dari situ pihak polis mengetahui identiti Circus Man adalah wanita. namun Kapten Kang telah mengesan yang Circus Man telah melarikan diri ke Vimo Island.


Kapten Kang bersama Golden Time Team memohon pertukaran bertugas di Vimo Island untuk menangkap Circus Man. Kapten Cho pula meminta tempoh untuk terus berada di Korea bagi menangkap pembunuh adiknya.

semasa pertemuan pertama telah berlaku salah faham apabila Kapten Cho menyangka Kapten Kang adalah Circus Man kerana cuma Kapten Cho sahaja yang telah bertembung dengan pembunuh tersebut. kemudiannya baru Kapten Cho mengetahui Circus Man meniru muka dan bentuk badan Kapten Kang untuk mengelirukan pihak polis.

Kapten Cho kemudianya mengetahui tentang keistimewaan yang dimiliki Kapten Kapten dan menawarkan diri untuk join Golden Time Team. antara motif Kapten Cho adalah untuk menangkap pembunuh Lisa, selain mengetahui yang Circus Man sangat obsess dengan Kapten Kang jadi ini sahaja peluang yang ada.


Derek Cho dan adiknya merupakan warganegara Amerika setelah dijadikan anak angkat sejak kecil lagi, dia juga pernah tinggal di Vimo Island sebelum berlaku tragedi hitam apabila ibunya dibunuh tapi polis pula mengklasifikasi kes tersebut sebagai bunuh diri. Kapten Cho pernah belajar di kolej perubatan sebelum membuat keputusan untuk menjadi anggota polis.

kalau nak dibandingkan dengan musim sebelum ini, boleh dikatakan yang Kapten Cho adalah partner terbaik untuk Kapten Kang sebab Kapten Cho boleh mengawal emosi dan mempunyai pengalaman yang luas untuk mengawal keadaan kerana banyak kes dalam musim kali ini bermain dengan psikologi.


Selain Park Eun Soo, Park Joong Ki (Kim Joong Ki) dan Goo Gwang Soo (Song Boo Gun), pasukan GTT mempunyai ahli baru iaitu Han Woo Joo (Kang Seung Yoon) yang mahir dalam hacking dan membantu menjejaki Circus Man melalui dark website.

Kapten Kang juga merekrut kembali Detektif Shim Dae Shik (Baek Sung Hyun) ke dalam team Dispatch, sebenarnya Detektif Shim pernah bekerja dalam GTT waktu musim pertama tapi berhenti sebab dituduh makan rasuah.

manakala Kapten Cho pula mengarahkan pasukannya iaitu Chad (James Han) dan Jackson (Maurice Turner) untuk mencari maklumat terperinci mengenai identiti Circus Man.


dari awal lagi identiti Circus Man sangat mengelirukan pihak polis apabila mereka menyangka identiti pembunuh adalah seorang wanita mirip Kapten Kang tapi semua itu penyamaran yang dilakukan lagi pula pembunuhnya bekerja dalam bidang kesan solekan khas atau SFX.

tapi apa yang mengejutkan Circus Man mempunyai Polypersonal Delusion Disorder, lebih kurang dissociative identity disorder (DID) apabila ada lebih dari dua personaliti yang dicipta akibat trauma yang dihadapi pada zaman kanak-kanak.

pasukan polis LA yang banyak membantu siasatan apabila mereka dapat mengesan kes di luar negara yang menggunakan SFX atau alat tertentu untuk mengubah bentuk badan untuk mengelirukan pihak polis.

Golden Time Team juga menghadapi kesukaran untuk menangkap Circus Man kerana dia merupakan cucu orang berpengaruh di Vimo Island. masalah juga apabila datuk dia menggunakan semua kabel yang ada di pulau tersebut untuk melindungi cucunya walaupun dah perasan cucu sendiri dah berperangai pelik.


Voice 4 banyak fokus mengenai domestic violence yang berlaku dalam keluarga, apabila diselidik background suspek banyak yang dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah. macam yang berlaku pada Circus Man yang mempunyai trauma dan abuse semasa zaman kanak sehingga membentuk beberapa identiti yang lain untuk membunuh.

jalan cerita bagi musim kali ini sebenarnya agak menarik sebab dari awal macam tertanya macam mana pembunuh boleh dapat body macam perempuan rupanya ada alat special effect yang digunakan, tak tahulah benda tu wujud ke tidak. 

overall, plot yang menarik dan casting untuk musim kali juga memang best terutama sekali Lee Kyu Hyung yang bawa watak villain dalam drama ni. sejujurnya aku tak boleh move on dari watak Lee Jinwook, seriusly sampai sekarang tak boleh terima ending musim 3 sebab tak faham kenapa penulis matikan watak Lee Jinwook.


sebenarnya aku harap musim keempat ini adalah yang penamat siri Voice tapi penulis dah bagi hint kat ending yang drama Voice akan bersambung ke musim yang ke-5. so ending drama Voice 4 ada permulaan untuk Voice 5 yang mana kisah seterusnya akan merungkai rahsia di sebalik keistimewaan yang dimiliki Kang Kwon Joo.

Post a Comment

4 Comments

  1. nampak best drama ni, dah la peminat moo gang hii.. boleh masuk lis

    ReplyDelete
  2. Ala pelakon dah best dah ada song seung heon tu. Kalau movie mesti tengok ni.

    ReplyDelete
  3. Suka tengok drama ni sebab song seung hoon tapi rasa tak boleh blah tengok Looney (nama berlakon dalam prison playbook) ada jugak berlakon dalam voice 4 ni, siap jadi jahat lagi hahaha

    ReplyDelete
  4. Haven't start this one yet. Baru habis the devil judge. SSH oppa I'm coming to you now! haha

    ReplyDelete