Telemovie : Rujuk
Produksi : Telemal Productions, Suhan Movies & Trading
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : TV2
Tayangan : 19 Februari 2021
Pelakon : Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Fimie Don, Yuna Rahim
Telefilem Rujuk mengisahkan Jefry (Rosyam Nor) seorang suami dan bapa yang baik dan penyayang sehingga anak-anaknya menjadikan Jefry sebagai idola mereka. Suatu hari, Jefri telah berubah dan membuatkan Dian (Marisa Yasmin) dan anak-anaknya bingung dengan perubahan suaminya.
Dian kecewa apabila kemudiannya mendapat tahu suaminya mempunyai skandal apabila menerima sampul yang mempunyai gambar Jefri dengan wanita lain. hal ni juga menyebabkan Amirah (Yuna Rahim) dan Amirul (Fimie Don) marah dan hilang hormat kepada bapa mereka sehingga menghalau Jefri keluar selepas menceraikan Dian.
namun semua itu adalah rancangan Jefri sendiri apabila mendapat tahu dirinya telah disahkan mempunyai kanser lalu menjadi trauma apabila melihat sendiri rakan sekerjanya mengalami tekanan jiwa sehingga membunuh diri selepas suaminya meninggal dunia kerana kanser. Jefri tidak mahu keluarganya menderita selepas kematiannya.
bagi aku, tindakan Jefry nampak terlalu pentingkan diri sendiri macam orang tak ada iman padahal di permulaan cerita dah tunjuk yg Jefry sangat pentingkan agama dalam keluarganya siap cakap kena jaga silaturahim tapi dia juga yang putuskan silaturahim dengan keluarga sendiri bila kena uji macam tu. kalau berterus terang tak mustahil mereka boleh terima perkara tersebut sebab dalam islam kena percaya qada dan qadar.
satu hal lagi, tindakan Dian dan anak-anaknya pun melampau juga. disebabkan satu gambar yg tak tahu kesahihannya terus hilang hormat pada Jefry. kalau marah sangat pun istighfar sikit dan fikir dengan waras. bila bapa sendiri yg diidolakan selama ini tiba-tiba berubah mesti ada sebab. ini semua orang punyai perangai macam tak ada iman.
Rujuk sebuah telefilem arahan Rashid Sibir so tahu-tahulah Rashid Sibir kalau buat drama air mata ni memang boleh buat orang tersentuh tapi itulah..aku tak boleh masuk dengan jalan cerita dan watak dalam cerita ni terserlah kebodohan masing-masing.
5 Comments
Lama dah akak tak tengok lakonan Rosyam Nor.
ReplyDeleteKalau dato Rosyam berlakon, best
ReplyDeleteHaha. Samala kita. Saya tak tengok sampai habis sebab geram
ReplyDeleteTak perasan pulak telefilem yang satu ni. Pelakon best best ni. Menarik untuk ditonton
ReplyDeletecliche lah jalan ceritanya
ReplyDelete