Movie Review | Ghost Lab (2021)


Title : Ghost Lab
Country : Thailand
Director : Golf Paween Purijitpanya
Network : Netflix
Release Date : 26 May 2021
Duration : 1 hour 57 minutes
Cast : Tor Thanapob, Ice Paris, Nychaa Nuttanicha, 
Suquan Bulakul, Chaleeda Gillbert, Pear Rachanee, Max Nuttawut

Ghost Lab mengisahkan dua orang doktor iaitu Wee (Tor Thanapob) dan Gla (Ice Paris) yg tidak mempercayai kewujudan alam mistik sehingga mereka sendiri ternampak hantu dan mula obsess dengan kajian mengenai hantu.


Wee dan Gla sudah lama berkawan baik malah Gla tahu Wee jadi doktor untuk merawat penyakit ibunya, masa lapang Wee juga banyak dihabiskan untuk menemani ibunya.

bila bekerja di hospital banyak kejadian mistik yg menjadi topik perbualan staf di hospital. Gla merasakan benda tersebut menarik untuk dibahas sama ada hantu itu wujud atau tidak tapi Wee pula tak percaya sebab benda mistik tak boleh dibuktikan dengan kajian sains.

sehinggalah suatu hari mereka berdua sendiri terjumpa hantu waktu kerja shift malam dan benda ini buat Gla excited. rupa-rupanya Gla dalam diam dah lama mulakan kajian mengenai hantu tapi tak pernah jumpa hantu atau sebarang bukti walaupun dah travel ke merata tempat yg dikata menyeramkan.


Wee yg tertarik bersetuju untuk join dalam kajian hantu, sejak hari itu mereka mencuba pelbagai cara dan teori untuk membuktikan kewujudan dan makin menarik bila dapat rakam benda yg bergerak sendiri.

doktor dalam movie ni macam tak ada kerja sebab nampak lebih sibuk cari hantu daripada merawat pesakit. starting nampak macam kelakar tapi bila sampai pertengahan dah makin seram bila mereka makin obsess dengan kajian tersebut.

Gla cuba cari pesakit yg tak ada harapan untuk hidup untuk dijadikan objek eksperimen mereka yg mana selepas pesakit tersebut meninggal, mereka dapat berhubung selepas kematian dan juga mungkin boleh membantu kajian mereka.


selepas kematian ibunya, Wee tawar diri sendiri untuk dijadikan bahan eksperimen dengan membunuh diri dan menggunakan alasan kemurungan. teori Wee kalau dia pergi ke alam kematian dan berhubung dengan Gla mungkin akan membantu kajian mereka.

Gla tak setuju sebab dia yg mulakan kajian tersebut tak sepatutnya mereka pergi sampai sejauh itu. betul ke Wee nekad nak bunuh diri? itu kena tengok sendiri sebab tak nak letak spoiler kat sini.

sampai part Wee offer nak bunuh diri ni serius cakap tak boleh nak masuk dengan jalan cerita dia sebab tak faham motif diorang nak buat benda ni semua. berbaloi ke nak korbankan diri sendiri sedangkan tak nampak kajian tersebut dapat memberi manfaat kepada orang lain. walaupun jalan cerita Ghost Lab ni sangat hambar tapi ada juga pengajaran yg terselit kat sini. 

Post a Comment

13 Comments

  1. Takkk best kann ahahaha, rasa cemm menyesal jugak tengok >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah sampai separuh rasa macam nak stop je tengok..haha

      Delete
  2. mesti dia excited bila dapat jumpa hantu yang dah lama dia tunggu eksperiment menjadi. Sangat tak berbaloi tu korbankan diri untuk benda yang tak bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Cerita seram ni selalu sis suka tengok tapi kalau melibatkan pembunuhan sis takut sikit nak tengok. Yang ni kalau buat kajian tak membunuh ok juga sis boleh tonton....hehe

    ReplyDelete
  4. ghost lab ni dah masuk dalam list saya utk ditonton nanti. hari tu tengok filem thailand, best jugak kualiti dia

    ReplyDelete
  5. This movie has an intriguing storyline. And the actor looks sooooooo hot. I have tine hearts in my eyes now. Hehehe......

    I will check out this movie. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Hr tu ms mula2 tgk.. mmg rasa best.. tapi ada gak member kata x best.. bg sy jalan cerita dia menarik juga

    ReplyDelete
  7. Tengok suku jer cerita nih pastu tak sambung, bukak sebab seram tapi segan jer nak tengok sampai habis sorang2. Tapi jalan cerita dia memang menarik . Dia punya obses nak tengk hantu tu yang buat kita jadi geram.

    ReplyDelete
  8. Ni belum tengok, gasak dul layan Hindi je ni hahahah.. nanti nak tengoklah..

    ReplyDelete
  9. Akak tengok dah. Beriya la dalam top 10 list Netflix. Tengok suku dah tukar filem korean. Akak tak suka filem ni. Sebelum murung, tukar tengok drama or filem lain. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. wa can catch this movie this weekend with hubby. long time no watch ghost movie haha

    ReplyDelete
  11. ooh citer baru ke ni ? sebab nampak ramai share before this khai tak sempat lagi nak tengok lepas ni boleh la layan time weekend or time bosan nnt

    ReplyDelete
  12. I haven't watched this and tak terasa nak tgk pun haha

    ReplyDelete