Drama | Suara Hati (2021)


Drama : Suara Hati

Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Farah Alya
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 19 Julai 2021
Episod : 13
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Zera Hariz, Fazlina Ahmad Daud, Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan Abd Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein

Suara Hati sebuah drama adaptasi novel Suara Hati karya Anis Ayuni yang akan ditayang di slot Tiara Astro Prima bermula 19 Julai 2021 dan dibintangi oleh Syafiq Kyle, Hanna Aqeela dan Aidil Aziz.


Drama Suara Hati mengisahkan Hani (Hanna Aqeela) seorang pelajar universiti yg bertemu dengan Haris (Syafiq Kyle) ketika bermain badminton di kompleks sukan. Haris yg terpikat dengan Hani mencuba nasib meminta nombor telefon Hani.

Selepas itu hubungan mereka semakin rapat dan saling jatuh cinta, Hani juga sentiasa menyokong cita-cita Haris untuk menjadi pemain bola sepak yg berjaya.

Ibu Hani yang tidak mengetahui hubungan Hani dan Haris mahu menyatukan Hani dengan anak kawan baiknya iaitu Naim (Aidil Aziz). Hani tahu niat sebenar ibunya apabila Naim datang makan malam ke rumah mereka dan mahu berterus terang tentang hubungannya dengan Haris kepada ibunya.


baik Hani mahupun Naim tidak mahu ambil serius rancangan kedua ibu mereka, Haris sendiri sudah mempunya teman wanita bernama Suraya (Zera Haris) dan hubungan mereka juga sudah hampir 10 tahun.

Naim sudah merancang untuk mengahwini Suraya masalahnya Suraya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan soal majlis perkahwinan. Naim merasakan Suraya tidak ambil serius tentang hubungan mereka dan Suraya juga merasakan hal yg sama apabila Naim tidak memberitahu keluarga mereka tentang rancangan perkahwinan mereka.

Adakah Hani akan bersatu dengan Haris atau terpaksa akur dengan kehendaknya ibunya? tonton kesemuanya dalam drama Suara Hati di slot Tiara Astro Prima setiap isnin hingga jumaat jam 6 petang bermula 19 Julai 2021.

Post a Comment

3 Comments

  1. Lama tak nampak Hanna Aqeela berlakon. Macam banyak dia punya halangan percintaan tu.

    ReplyDelete
  2. novel anis ayuni best.. mesti best citer ni

    ReplyDelete