Drama Indonesia | Pretty Little Liars (2020)


Drama : Pretty Little Liars
Pengarah : Emil Heradi
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 5 Julai 2021
Episod : 10
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Yuki Kato, Shindy Huang, Anya Geraldine, Eyka Farhana, Valerie Thomas, Cindy Nirmala, Naufal Samudra, Tegar Satrya, Giulio Parengkuan, Tarra Budiman

Pretty Little Liars sebuah drama bersiri Indonesia yg diadaptasi daripada drama popular Amerika dan akan disiarkan di Astro Citra bermula 5 Julai 2021. drama bersiri 10 episod ini juga pernah ditayangkan platform strim online VIU pada 22 April 2020.


Pretty Little Liars mengisahkan lima sahabat baik Alissa (Yuki Kato), Aria (Shindy Huang), Hanna (Anya Geraldine), Ema (Eyka Farhana) dan Sabrina (Valerie Thomas) yg berparti di rumah Sabrina untuk meraikan hari graduasi mereka. keesokan paginya, mereka mendapati Alissa telah hilang.

Setahun kemudian, kes kehilangan Alissa masih lagi menjadi misteri manakala mereka berempat sudah tidak rapat seperti dahulu dan membuat hal masing.

kehidupan Aria, Ema, Hanna dan Sabrina mula terganggu apabila mendapat mesej dari A yg tahu tentang rahsia masing-masing. mereka syak pengirim mesej adalah Alissa kerana cuma Alissa sahaja yg mengetahui rahsia setiap dari mereka.


mereka berempat mempunyai rahsia gelap masing-masing yg tidak mahu diceritakan kepada orang lain. Aria mempunyai hubungan sulit dengan pensyarahnya, Ema pula berpacaran dengan jiran barunya tanpa pengetahuan ibunya. Hanna suka mencuri ketika membeli-belah walaupun ibunya berkemampuan dan Sabrina meminati teman lelaki kakaknya.

Mereka menyangka Alissa mahu mengusik mereka dengan mengirimkan mesej-mesej tersebut namun begitu tekaan mereka salah apabila pihak polis menemui mayat Alissa yg ditanam di halaman rumahnya sendiri.

Aria, Ema, Hanna dan Sabrina mahu menyiasat siapa yg menghantar mesej tersebut yg tahu tentang rahsia mereka selain Alissa. Mereka juga tidak senang dengan kemunculan semula Jihan (Cindy Nirmala). Persoalannya siapa yg membunuh Alissa dan apa sebenarnya yg berlaku pada malam tersebut?

Tonton kesemuanya dalam Pretty Little Liars Indonesia di Astro Citra setiap hari isnin jam 9.00 malam bermula 5 Julai 2021.

Post a Comment

4 Comments

  1. Hujung hujung mesti ada twist persoalannya tu. Nak tengok nanti walaupun versi hollywood tak tengok. huhu

    ReplyDelete
  2. yg hollywood punya tak tertengok hahaha, maybe try versi yg ni je kot.

    ReplyDelete
  3. wow ada eyka farhana lah. cantik betul dia dengan makeup dark macam tu

    ReplyDelete