Masih Ada Rindu (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Masih Ada Rindu
Produksi : Nuansa Sdn Bhd
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 2 Jun 2021
Episod : 16
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Mimi Lana, Farid Kamil, Halim Radzi, Dayang Areeda, 
Kuna Muzani, Aishah Ilias, Fahmi Redza, Rahim Jailani, Aleza Shadan

Masih Ada Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

Masih Ada Rindu sebuah drama adaptasi novel karya Mimie Afinie yg ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 2 Jun 2021 menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati.

Masih Ada Rindu mengisahkan Nurul Syafika (Mimi Lana) dan Hakim (Farid Kamil) yg belajar di kolej yg sama dan kemudiannya saling jatuh cinta. selepas menamatkan pelajaran, Hakim melamar Syafika sebagai isterinya dan ibu Hakim sendiri merestui hubungan mereka.

Syafika pula dalam dilema apabila ibunya, Zaleha (Aleza Shadan) sudah mengingatkan untuk fokus pada pelajaran sehingga sampai peringkat phd sebelum memikirkan tentang soal jodoh. 

Masih Ada Rindu (TV3) | Sinopsis Drama

apabila Syafika memberitahu hal tersebut, Zaleha mengamuk dan tidak mengizinkan Syafika berkahwin. walaupun ibunya menghalang, Syafika mendapat keizinan daripada ayahnya untuk meneruskan perkahwinannya dengan Hakim.

yg sebenarnya, Zaleha sudah mempunyai rancangan untuk menjodohkan Syafika dengan Imran (Halim Radzi) selepas anaknya habis belajar. Imran pula tak puas hati dan menyuruh Zaleha menunaikan janjinya.

aku pernah baca novel Masih Ada Rindu waktu sekolah dulu tapi tak ingat ada ke tidak novelnya, still ingat jalan ceritanya apa yg jadi pada Syafika lepas berkahwin dan bertemu pula dengan Hadi. tapi tak ingat pula konflik dan tertanya ada ke watak Imran ni dalam novel.


Drama Masih Ada Rindu sebuah drama arahan Osman Ali merupakan kemunculan semula Farid Kamil di kaca tv selepas empat tahun. drama ini juga turut dibintagi barisan pelakon seperti Mimi Lana, Halim Radzi dan Dayang Areeda.

Masih Ada Rindu boleh ditonton setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot akasia TV3, juga boleh ditonton secara online melalui website atau download aplikasi WeTV.

Post a Comment

2 Comments

  1. kadang drama lari sikit dari novel kan..

    ReplyDelete
  2. hero dan heroin yang tak disangka berlakon sama dalam drama. Belum tengok lagi. dah banyak episod juga ni.

    ReplyDelete