Love Elsa (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Love Elsa (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Love Elsa
Produksi : Juita Viden
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Nadia Khan, Mamu Vies
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 15 Jun 2021
Episod : 24
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Pelakon : Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Ramona Zam Zam, Badrul Muhayat, Zeera Azizi, Mona Allen, Iman Suhana, Naz Sally, Fahmy Reza, Mustafa Kamal

Love Elsa sebuah drama terbaru di slot Megadrama Astro Ria yg diinspirasi daripada novel Love Elsa karya Acik Lana. drama arahan Michael Ang ini mula ditayangkan pada 15 Jun 2021 setiap isnin hingga khamis jam 10 malam menggantikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa.


Love Elsa mengisahkan Ammara (Uyaina Arshad) yg mempunyai keistimewaan untuk melihat masa silam orang lain melalui sentuhan. namun Ammara takut dengan keistimewaan yg dimilikinya dan selalu memakai sarung tangan untuk mengelak daripada menyentuh orang lain.

Ammara bekerja di kedai bunga milik Habsah (Naz Sally) dan Hamidah (Iman Suhana) dan memiliki impian untuk membuka kedai sendiri. Ammara mahu hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada bapanya, Tuan Elias (Badrul Muhayat).


Ridza Adam (Zul Ariffin) pulang ke Malaysia setelah lama menetap di luar negara untuk membantu Madam Qistina (Mona Allen) menyelesaikan masalah syarikat mereka.

Ridza menyamar sebagai pekerja bawahan dan mendapati banyak masalah yg berlaku dalam syarikat tersebut apabila ada pekerja syarikat yg curi tulang dan orang atas yg membuli pekerja bawahan.


Ammara dan Ridza bertemu di kedai bunga tempat Ammara bekerja, kebetulan juga mereka tinggal berjiran. tanpa sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan melihat kisah silam tersebut. Ridza pula terkejut melihat Ammara yg tiba-tiba pengsan dan seperti ada benda yg tak kena bila Ammara sedar.

apakah masa silam Ridza yg dapat dilihat oleh Ammara? 

Post a Comment

3 Comments