Sinopsis Drama | Budak Tebing 2 (2021)


Drama : Budak Tebing 2
Produksi : Country Universal
Pengarah : Feroz Khan
Penulis Skrip : Janjira. Sofia Aliza, PGRs Team
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 18 Jun 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghuran, Fariz Iskandar, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Zarina Zainuddin

Budak Tebing kembali lagi dengan musim kedua di slot Lestary TV3 selepas mendapat sambutan yg hangat pada tahun lepas. Budak Tebing 2 menggandingkan semula barisan pelakon utama seperti Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowana, Eyka Farhana, Fariz Isqandar dan Firdaus Ghufran.

Kisah kesinambungan Budak Tebing di mana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan mereka selepas gagal temuduga memasuki PULAPOL (Pusat Latihan Polis).


Arif (Adam Lee) dan Yoyol (Fariz Isqandar) bersedih atas kehilangan ibu mereka dan kemunculan semula bapa mereka iaitu Afendi (Fauzi Nawawi) mengejutkan mereka berdua. Arif marah dan rasa tertipu apabila Yoyol memberitahu yg bapa mereka telah meninggal dunia ketika dia di sekolah Henry Gurney.

walaupun Afendi sudah berubah namun sukar untuk mengeratkan semula hubungan dengan anak-anaknya. Yoyol tidak dapat menerima kehadiran bapanya memyebabkan dia makin memberontak dan selalu melepak di tebing. Arif sendiri hilang sabar melayan kerenah adiknya.


Selepas rumah dan tanah mereka dibeli pemaju, Talam (Firdaus Ghufran) dan keluarganya berpindah dan menetap di Negeri Sembilan. Talam datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan bertemu dengan Tongki dan Arif sambil bertukar cerita setelah lama tidak berjumpa.

Arif kini menjaga car wash yg diamanahkan oleh boss dia dahulu manakala Laura (Bella Dowana) pula menyambung pelajaran ke UPM dan Ira (Eyka Farhana) masih tinggal di rumah Laura.


Tongki (Aedy Ashraf) masih lagi bekerja sebagai penghantar makanan di samping menjaga ayahnya yg sakit. Tongki terserempak dengan dua budak gelandangan lalu cuba membantu mereka dengan membeli makanan. Suatu hari, Tongki menerima surat ungutan dan dia sendiri tidak tahu siapa yg menghantar ugutan tersebut.

siapa lagi yg masih berdendam dengan budak tebing? tonton episod seterusnya dalam Budak Tebing 2 di slot Lestary TV3 setiap rabu hingga sabtu jam 9 malam, juga boleh ditonton secara online melalui laman web atau aplikasi iQiyi.

Lagu Tema/OST : Joe Flizzow feat MK & Jay Park - Ciao

Tonton Online : Drama Budak Tebing 2 (iQIYI)

Post a Comment

10 Comments

  1. this series is in the list!! i tak sabar nak tgk tapiiiii now byk betul tgh tgk

    ReplyDelete
  2. Tak pernah follow pun cerita,hu3.

    ReplyDelete
  3. Lama tak menonton, rumah saya pun tiada Astro. Guna tv untuk tengok Youtube saja. Kalau cerita nak tengok cari di YouTube, kalau takde, tengok di channel apps di handphone. Hihi

    ReplyDelete
  4. Saya kena tengok season 1 dulu baru layan season 2 ni. Antara drama yang disukai ramai.

    ReplyDelete
  5. Ada gak dengar kengkawan share pasal Budak Tebing nie dulu. Diorang kata best. Nampak gaya kena layan yang 1st dulu la sebelum 2nd nie.

    ReplyDelete
  6. Antara cerita melayu yg lari dr kebiasaan penuh dgn cinta cintun.. kena tgk siri 1.. br boleh layan no 2

    ReplyDelete
  7. Dr mula sampai dah kedua ni, memang tak minat cite ni, tak pernah tengok.. tak tau lerr, tak masuk dalam jiwa hahahaa

    ReplyDelete
  8. never heard of this drama but it looks like so much fun to watch! adding it to the list

    ReplyDelete
  9. Ada nmapk cerita ni kat iqiyi. Tak tak tengok lagi. Jalan cerita mcm ok. Nnti nk try tgk yg 1st punya dulu la.

    ReplyDelete