Drama Thailand | Talay Luang (2021)


Title : Talay Luang
Another Title : It All Begin At The Sea
Director : Boonyathorn Kitiphattakon
Network : Channel 7
Aired : 26 Jan 2021 - 23 Mar 2021
Episodes : 17
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Mik Thongraya, Sammy Cowell, Rapeepat Eakpankul, Nathaschai Charasmas, Karn Menisa, Supaporn Malisorn, Nutt Atirutt, Andrew Cronin, Muay Angsana


Talay Luang mengisahkan Moya (Sammy Cowell) menyelamatkan seorang lelaki yg terjatuh ke dalam laut. apabila tersedar lelaki tersebut telah hilang ingatan kerana kecederaan di kepala yg agak teruk lalu Moya memanggilnya sebagai Talay (Mik Thongraya).

Moya adalah pemilik resort kecil di sebuah pulau dan busines tersebut tak peroleh keuntungan pun disebabkan kena tanggung hutang yg ditinggalkan bapanya selain terdapat hotel lain yg dimiliki Chawin, saingan utamanya.

tanpa Moya sedar nyawanya juga dalam bahaya apabila Thaneth mahu menguasi sepenuhnya hotel di pulau tersebut dan melagakan Moya dengan Chawin. Talay yg mahu membalas budi Moya cuba melindungi Moya daripada dicederakan oleh orang-orang Thaneth.


Moya dan Talay saling jatuh cinta dan mereka memutuskan untuk mengikat tali pertunangan namun pada majlis bahagia mereka muncul pula seorang wanita yg mengaku sebagai teman wanita Talay dan tengah mengandungkan anak mereka.

memang kecewalah Moya walaupun Talay cuba menjelaskan dia tak mempunyai hubungan dengan wanita tersebut tapi tak boleh nak percaya juga sebab ingatan Talay belum pulih jadi Moya terpaksa putuskan hubungan mereka sebab tak nak merosakkan hubungan orang lain.


Talay sebenarnya adalah Natee yg merupakan pewaris syarikat arkitek yg terkenal. Natee tinggal di luar negara dari kecil lagi disebabkan mak bapa dia bergaduh sebab bapa dia ada perempuan simpanan.

Natee balik semula ke Thailand selepas bapanya meninggal dunia untuk mengambil alih syarikat ayahnya tapi Natee perasan ada benda yg tak kena dengan kematian bapanya jadi dia cuba mengupah orang untuk menyiasat.

sebenarnya ada orang yg tak puas hati dan nak bolot harta bapanya disebabkan itu juga Natee hampir dibunuh tapi berjaya diselamatkan oleh Moya.


dari awal lagi dah boleh teka yg mak tiri Natee iaitu Jamjaras yg jahat sampai sanggup bunuh laki sendiri. Jamjaras tak puas hati sebab dah lama hidup dengan bapa Natee tapi tak dapat status isteri yg sah lepas tu harta pula semua bagi kat Natee. putih mata je Jamjaras dengan anaknya, Korn.

bila tahu Natee masih hidup dan hilang ingatan, Jamjaras ambil kesempatan ini suruh anak buahnya, Nune untuk berpura-pura mengandung anak Natee padahal semua itu tak betul pun.

ingatkan mak yg jahat rupanya anaknya lagi jahat. Korn awalnya nampak baik saja tapi mula nampak rupa sebenar bila dia kecewa dapat tahu Moya bercinta dengan Natee.


Korn jatuh hati pada Moya bila dia kena uruskan projek renovate resort Moya tapi tak sangka pula boleh jumpa Natee di pulau tersebut. Korn buat tak kenal Natee tapi balik dari pulau dia suruh Nune pergi goda Natee dan buat macam-macam plan lah untuk jatuhkan Natee.

nasib baiklah hero dalam drama ni tak mudah jatuh dalam perangkap orang jahat walaupun dia tak ingat masa lalu dia. Natee juga ubah wasiat supaya mereka tak boleh cederakan dia dan cuba kumpul bukti untuk mencari penjahat yg sebenar.

masalah dengan drama orang jahat, jahat sangat. bukan kemain lagi plan mereka susun. walaupun Natee dapat support dari orang kuat bapa dia tapi susah juga nak lawan geng ni sebab kemain licik betul mereka sembunyikan jejak.


walaupun tengok drama ni dengan speed paling laju pun masih lagi rasa stress bila jalan ceritanya terlalu dragging dan annoying dengan watak-watak jahat yg terlalu mendominasi setiap episod. rasa tak boleh blah bila orang jahat yg ingatkan dah mati sempat lagi nak balas dendam. aish dah mati tu mati je lah jangan sibuk nak interframe lebih sangat.

tengok drama ni pun sebab suka Mik dan Sammy. konflik antara hero dan heroin sebenarnya tak banyak tapi jadi complicated bila orang luar cuba ganggu hubungan mereka dan mengancam nyawa Natee.

Post a Comment

7 Comments

  1. Okey, bab dah mati sempat nak balas dendam lagi tu kelakar… mati jelah kan 😂 akak tak boleh cerita ‘jahat-jahat’ begini. Sakit hati nak tengok 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok drama thai memang sakit hati sokmo, watak jahat tu jenis jahat memang tak reti nak bertaubat. geram betul..hahaha

      Delete
  2. klimaks cerita ni lepas dia Talay diselamatkan dan hilang ingatan. Macam-macam isu muncul. Cerita Thai memang suka guna nama Korn kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama thai panjang2 jenuh nak ingat. selalu diorang guna nickname je nak bagi mudah..hehe

      Delete
    2. Yup, dia macam cerita Indo gak guna singkatan pendek je :) tapi korn tu biasa dengar dalam drama Thai :)

      Delete
  3. orang luar la pandai menyucuk kan.. sakit ja hati klu mcm ni heheh tapi drama thai elok beri pluang tgk sbb sometimes buat kita puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan cerita kat CH7 dan CH3 selalu repeat benda yg sama je, i suka tengok drama ni sebab hero dan heroin dia..hehe

      Delete