Tragedi Balik Kampung (TV3) | Review Telefilem

Tragedi Balik Kampung (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Tragedi Balik Kampung
Produksi : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Dato Eizlan Yusof
Penulis Skrip : Norazwanizan Awang
Siaran : TV3
Tayagan : 9 Mei 2020
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Zee Zainal, Ungku Hariz, Ropie, Sharifah Husna, Syafi Tee, Razzuan Rosli


hujung minggu ni plan nak habiskan drama korea yg ada tapi bila buka youtube start la dok maraton cite yg random muncul kat situ. Tragedi Balik Kampung mengisahkan tiga sekawan iaitu Pie (Syazwan Zulkifly), Man (Ungku Hariz) dan Sudin (Zee Zainal) yg merancang untuk balik kampung tapi tiket bas habis.

Pie yg merupakan ahli kariah masjid dan rapat pula dengan bakal pak mertua dia iaitu Haji Dollah (Ropie) dapatlah pinjam van jenazah untuk pulang ke kampung. kebetulan pula ada orang meninggal dan satu jalan nak ke kampung makanya mereka diberi tugas untuk menghantar jenazah tersebut.


dalam perjalanan tersebut macam-macam hal yg berlaku kepada mereka bertiga, tayar van pancit, muncul wanita berkebaya merah dan paling malang bila secara tak sengaja bagi tumpang dua orang perompak. macam mana mereka nak selamat diri dan selesaikan tugas mereka?

Tragedi Balik Kampung sebuah telefilem seram komedi tapi lebih kepada komedi. kalau tengok Geng Van Jenazah lagi seram bila jenazah kat sebelah boleh pula terbersin dan hilangkan diri tapi dalam telemovie ni props yg ada tak digunakan sebaik mungkin untuk naikkan mood seram. 

Tragedi Balik Kampung (TV3) | Review Telefilem

sebenarnya tengok telemovie ni pun sebab ada Syazwan Zulkifly bila muncul scene perompak baru perasan dah pernah tengok cite ni kat tv sebab hensem juga perompak tapi time tu Syafi Tee tak famous lagi, berlakon pun nampak kayu lagi. 

cerita ni kelakar tapi bila tengok kali kedua ni tak rasa nak gelak sangat dan banyak skip je scene yg rasa hambar tu plus tak minat sangat lakonan Ungku Hariz, terlalu try hard sangat nak bawa watak komedi.

Post a Comment

4 Comments

  1. lama betul sy nda layan drama melayu huhu

    ReplyDelete
  2. kelakar cerita ni. tak pasal je kena balik kampung naik van jenazah. Lepas tu kena rompak pulak.

    ReplyDelete
  3. Adoi nape tak perasan drama ini.. boleh try tengok nanti..

    ReplyDelete
  4. hahaha..dah tgk half baru u perasan yg u dah tgk and sbb org yg sama u tgk wekekkeek

    ReplyDelete