Pemuja Rahsia (TV3) | Review Telefilem

Pemuja Rahsia (TV3) | Review Telefilem

Telemovie : Pemuja Rahsia
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Marr Mohamad
Siaran : TV3
Tayangan : 28 Mac 2020
Pelakon : Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Nurul Aisha Halim, Fiza Thomas, Alif Haiqal Razuan


Pemuja Rahsia mengisahkan Adam (Hun Haqeem), seorang pelajar kolej yg sangat popular di kalangan wanita tanpa menyedari dirinya mempunyai pemuja rahsia atau stalker yg gigih follow Adam ke mana sahaja.

Hawa (Intan Najuwa) juga merupakan rakan sekelas Adam yg dalam diam sudah lama menyimpan perasaan pada Adam sehingga obsess untuk mendekati lelaki tersebut tetapi tidak mempunyai keberanian untuk menegur Adam.


Mak Su (Rita Rudaini) yg menjaga Hawa selama ini risau bila Hawa tidak bergaul dengan orang lain dan lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik.

Walaupun mereka berjiran dengan Adam, Mak Su menyuruh Hawa cuba menegur Adam daripada mengekori dan memerhati lelaki tersebut dari jauh.


walaupun sinopsis Pemuja Rahsia nampak menarik tapi jalan cerita terasa bosan dan slow. pengarah cuba nak tunjukkan watak Hawa yg psiko dan terlalu obsess dengan Adam. 

kenapa tak flashback sikit macam mana Hawa boleh bertemu dan minat giler dengan Adam daripada banyakkan scene Hawa follow Adam ke sana ke sini macam tak ada arah tujuan.

tapi kalau perasan dari awal orang yg cederakan Farid dan follow girl yg rapat dengan Adam tu, bentuk fizikal badan dia nampak beza sangat daripada Hawa sebab tu aku boleh teka yg jahat tu sebenarnya orang lain.

Pemuja Rahsia (TV3) | Review Telefilem

lakonan Intan Najuwa sebagai Hawa nampak mantap dalam telefilem ni, macam Rita Rudaini pula ramai yg tahu dia pelakon yg bagus tapi bila dia bertukar watak jadi psiko, aku rasa kurang menjadi sebab dia nampak lebih kepada gila daripada psiko, ok ada beza tu.

plot twist nampak menarik juga walaupun aku tak terkejut sangat bila tiba-tiba ada watak lain yg sebenarnya lebih psiko.

Post a Comment

6 Comments

  1. hehehe dah tengok..cuma banyak tanda tanya?mengapa kau buat begitu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sgt persoalan sampai tak terjawab..hahaha

      Delete
  2. tu la kan kalau jalan cerita best tapi cara express tu x menarik akan jadi bosan gak

    ReplyDelete
  3. Tak perasan pulak cerita ni tahun lepas. Bolehlah tengok nanti kalau ada kat youtube :)

    ReplyDelete
  4. dah tengok dah.. memang suka lakonan intan najuwa sebagai hawa..

    ReplyDelete
  5. sometimes susah kita nak detailskan obsession someone tu kan

    ReplyDelete