Thong Ek: The Herbal Master (2019) | Review Drama Thailand


Title : Thong Ake Mor Yah Tah Chaloang
Another Title : Thong Ek: The Herbal Master
Director : Chundapa Chantakett
Network : Channel 3 / Netflix
Aired : 31 January 2019 - 20 March 2019
Episodes : 14
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : Mario Maurer, Kimberley Anne Woltemas, Panjan Kawin, 
Namwhan Phulita, Tita Chayanit, Freud Natthapong, Sarin Inpitar, Pat Napapa

Thong Ek The Herbal Master sebuah drama komedi ramantik berlatarkan zaman pemerintahan Rama 5 (Chulalongkorn) mengisahkan Thong Ek (Mario Maurer) dan datuknya, Thong In yg dihalau keluar dari kampung lalu tinggal di rumah berdekatan tokong atas ihsan sami Luangta.


Thong In ialah dukun herba yg ikhlas merawat pesakitnya tanpa mengharapkan balasan tapi kerana satu kesilapannya, orang kampung memulau Thong In. sejak itu Thong In tidak mahu memberi rawatan dan mengajar Thong Ek segala ilmu perubatan yg dia miliki tapi Thong In melarang keras cucunya merawat orang.

Thong Ek frust juga bila ilmu yg dia belajar tak boleh nak praktik, masa lapangnya lebih banyak dihabiskan bermain dengan Piak dan Toon, budak yg tinggal di tokong tersebut yg juga belajar ilmu perubatan dengan dukun Thong In.


tanpa pengetahuan datuknya, ThongEk merawat Pong (Namwhan Phulita) yg terkena penyakit kulit dan jatuh cinta dengan Pong. siapa sangka Pong sebenarnya anak pawang Mun, bila pawang Mun dapat tahu penyakit anaknya dah pulih dan dah jadi cantik terus Pawang Mun nak nikahkan Pong dengan orang kaya.

Pawang Mun memang tak suka Thong In dan Thong Ek makanya memang dia menghalang Thong Ek daripada berjumpa dengan Pong. kecewalah Thong Ek bila cintanya terhalang.


Selepas berjaya merawat parent Chaba (Kimmy Kimberly), dukun Thong In membuat keputusan untuk berbakti semula pada penduduk kampung Tha Chalong. Chaba yg melihat Thong Ek menyediakan ubat untuk bapanya terus berminat nak belajar ilmu perubatan herba dengan dukun Thong In.

namun dukun Thong In tak mahu menerima Chaba sebab zaman tu macam strict la untuk perempuan nak belajar benda ni dan Chaba pula anak orang berpengaruh. tapi Chaba ni tak putus asa macam-macam cara dia buat untuk approach dukun Thong In.

last sekali Thong Ek setuju untuk mengajar Chaba sebab kesian tengok Chaba gigih nak belajar sampai sanggup lari dari rumah semata-mata nak ikut ikut dia pergi cari herba.


perwatakan Chaba ni agak kasar dan lebih berminat untuk bermain pedang daripada belajar masak dirumah langsung tak ada ciri-ciri wanita idaman Thong Ek tapi selepas mencari herba bersama, Thong Ek mula jatuh hati pada Chaba.

masalahnya hubungan Thong Ek dan Chaba tak direstui bapa Chaba sebab bapa dia nak kahwinkan Chaba dengan Kla (Punjan Kawin), anak saudagar terkenal untuk melangsaikan hutang. nak tahu hubungan Thong Ek dan Chaba happy ending ke tidak kenalah tengok sendiri drama ni.


kalau diikutkan jalan cerita Thong Ek ni sedih dan agak berat sebab banyak je benda yg Thong Ek nak buat asyik terhalang macam cita-cita dan kisah cinta dia. tapi disebabkan drama ni dibuat dengan lebih santai dan komedi memang tak sempatlah nak sedih lama-lama sebab ada je benda kelakar yg buat kita nak tergelak tambahan pula watak komedi macam Piak, Toon dan Chongko sangat membantu.

seriusly pecah perut layan drama ni sebab watak masing-masing semuanya sengal. tak expect juga Nichkun buat cameo dalam drama ni dan ada juga parody scene Pee Mak filem seram Mario. dalam pada bergelak bolehlah belajar sikit tentang ilmu perubatan tradisional thailand.

walaupun tak minat sangat dengan Kimmy tapi lakonan dia dalam drama ni memang best dan chemistry dengan abang Mario pun mantap. overall, sis suka drama ni sebab kelakar dan bukan tipikal lakorn yg sis selalu tengok.

Post a Comment

9 Comments

  1. Dulu2 macam pernah tgk drma thailand...tp sekarang byk tengok drama korea

    ReplyDelete
  2. Kalau ada kelakar2 jadi syok nak tengok walaupun isinya berat..

    ReplyDelete
  3. Alamak,nampak best pulak cite ni.hehe

    ReplyDelete
  4. Ado Mario mesti best. Bila free t nak dunload buat hiburan masa pantang. Standby gitu. Haah

    ReplyDelete
  5. Oh, rasa macam pernah tgk iklan cerita ini kat astro hari itu sebab nampak mario dan freud. Confirm cite ni best kak. hihi. :)

    ReplyDelete
  6. boleh put this series in the list :)

    ReplyDelete
  7. Macam penah tengok lah heronyer ni...Dia ni kan yang belakon dalam citer Peemak tu?😂

    ReplyDelete